Baru-baru ini dunia permotoran digemparkan dengan insiden kemalangan yang melibat pelumba Jepun, Haruki Noguchi dan pelumba negara Zaqhwan Zaidi menyebabkan kedua-dua pelumba terjatuh sebelum Haruki kelihatan dilanggar oleh Kasma Daniel Kasmayuddin.

Pelumba Muda Jepun, Haruki Nagochi Meninggal Dunia
Kredit foto : Facebook Asia Road Racing Championship

Kejadian malang tersebut berlaku pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Mandalika, Indonesia. Sejurus kemalangan semua pelumba telah diberikan rawatan segera.

 

Menerusi capaian laman sosial Facebook Asia Road Racing Championship hari ini, mereka telah mengesahkan bahawa Haruki telah meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan selama tiga hari di Hospital Umum Nusa di Tenggara Barat, Indonesia.

Pelumba Muda Jepun, Haruki Nagochi Meninggal Dunia
Kredit foto : Facebook Asia Road Racing Championship

Haruki adalah salah pelumba muda Jepun yang paling cemerlang dan pada 2021 dia memenangi kategori Superstock 600 dalam Kejohanan All Japan Road Racing Championships.

 

Dia menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kategori Superbike 1000cc ARRC tahun lepas selepas memenangi carding race dan tahun ini dia menaiki  podium di Suzuka 8 Hour bersama SDG Racing.

 

Menerusi satu capaian daripada laman sesawang mcnews.com, keluarga pelumba itu dilaporkan berkongsi, “Haruki mula menunggang motosikal pada usia 5 tahun dan telah memberikan kami banyak keterujaan dan kegembiraan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ramai kawan-kawan, pasukan dan semua orang yang telah menyokong Haruki.”

Haruki meninggal dunia pada umur 22 tahun. Takziah kepada keluarga, rakan dan mereka yang mengenali Haruki Noguchi.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

 

 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI