Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan pada bulan Ogos, ramai mengambil inisiatif mengibarkan jalur gemilang pada kereta.
Namun ada segelintir daripada pengguna kereta memasang bendera dengan cara yang salah dan mungkin boleh membahayakan pegguna jalanraya di luar sana.
Hari ini penulis ingin berkongsi secara ringkas cara pemasangan bendera yang betul pada kenderaan anda.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
1.Kedudukan Bendera
Pastikan kedudukan Jalur Gemilang tidak berada dalam keadaan terbalik. Tindakan memasang bendera secara terbalik seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara.
2.Pilih Tempat Yang Selamat
Ads
Pasang bendera anda di kawasan yang tidak menghalang pandangan semasa pemanduan. Tidak salah untuk menjadi seorang yang kreatif tetapi aspek keselamatan perlu dititikberatkan.
Acapkali terjadi, banyak jalur gemilang akan jatuh di atas jalan raya mungkin kerana penggunaan gam yang tidak kuat atau terdedah dengan cuaca panas yang agak lama. Periksa keadaan fizikal gam pada jalur gemilang tersebut dan jika mempunyai regangan pada gam, tukar gam yang baharu.
Ads
4.Periksa Sebelum Pasang
Terdapat juga sesetengah bendera yang tidak cukup sifatnya seperti kurang bilangan jalur, kurang bilangan bucu Bintang atau warna yang salah.
5.Hormati Bendera
Ads
Pastikan anda memeriksa keadaan bendera pada kereta anda. Jika lusuh tukarkan dengan bendera yang baharu. Sekiranya anda memandu di Lebuhraya dengan kelajuan tinggi, buka bendera anda supaya tidak tertanggal semasa pemanduan.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Hormati bendera kita, bersama-sama kita semarakkan lagi bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan kita. Merdeka!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kebanyakan pengeluar kenderaan menyekat potensi sebenar enjin secara elektronik untuk mematuhi peraturan global, kualiti bahan api, dan faktor lain.
Di sinilah kotak tuning TDI (tuning box) memainkan peranan penting!
Tuning box adalah peranti kecil yang dipasang pada enjin kereta untuk meningkatkan prestasi dan ekonomi bahan api.
Ia berfungsi dengan menghantar peta enjin yang telah direka khas ke ECU (Electronic Control Unit) kereta anda tanpa perlu membuat sebarang pengubahsuaian kekal pada ECU tersebut.
Peranti ini mengambil data secara langsung daripada sensor enjin seperti sensor bahan api dan turbo.
Data ini kemudiannya dioptimumkan dan dihantar ke ECU untuk meningkatkan prestasi enjin.
Dengan cara ini, enjin kereta anda akan berfungsi pada potensi sebenarnya tanpa melebihi had yang ditetapkan oleh pengeluar.
Setakat ini, hanya kenderaan yang mempunyai turbo sahaja yang sesuai menggunakannya, namun di masa akan datang TDI Tuning bakal menghadirkan model yang sesuai digunapakai oleh semua jenis kenderaan.
Kuasa dan Tork Tambahan
Penjimatan Bahan Api
Tidak Tinggalkan Kesan
Pemasangan Mudah
Boleh Diguna Semula
Dengan aplikasi TDI Tuning, anda boleh menukar tetapan prestasi enjin secara langsung dari tempat duduk pemandu.
Peranti TDI Tunning CRTD4 dilengkapi dengan 7 tetapan peta enjin, membolehkan anda menyesuaikan prestasi kenderaan mengikut keperluan.
Sambungan melalui Bluetooth juga sangat mudah:
Peranti TDI Tuning tidak akan merosakkan enjin anda.
Ia hanya menghantar isyarat untuk memastikan enjin berfungsi seperti yang sepatutnya, tanpa melampaui batasan asal.
Malah, produk ini mengutamakan sambungan melalui sensor bahan api dan turbo untuk memastikan ECU sentiasa dalam kawalan.
Hadir ke TDI Tunning Malaysia di LOT 650, Jalan Subang 1, USJ 1, 47620 Subang Jaya, Selangor, untuk mendapatkan penambahbaikan prestasi enjin yang luar biasa pada harga RM2,788 sahaja.
Hubungi mereka di 0173386424 atau ikuti akaun media sosial – Facebook, Instagram, dan TikTok (@TDI Tuning Malaysia) untuk maklumat lanjut.
Detik bersejarah tercipta buat peminat Porsche tempatan apabila Porsche Centre Johor Bahru berjaya menyiapkan restorasi penuh pertama model klasik Porsche di Malaysia, melibatkan Porsche 911 T, yang dibina semula sepenuhnya oleh juruteknik bertauliah Porsche Classic di fasiliti rasmi mereka di Johor Bahru.
Namun ini bukan sekadar kisah tentang membaiki kereta lama ia adalah kisah tentang warisan dan ketelitian yang menjadi asas kepada setiap Porsche.
Kejayaan restorasi ini juga mencerminkan dedikasi tinggi pasukan tempatan yang menghidupkan semula sebuah jentera bersejarah dengan tahap keaslian dan kemasan setara standard kilang di Stuttgart.
Projek ini mengambil masa berbulan-bulan, melibatkan proses yang sangat teliti dari awal hingga akhir. Setiap bahagian daripada skru yang paling kecil sehingga ke panel badan dibuka, didokumenkan, dan dipasang semula mengikut spesifikasi asal Porsche.
Pasukan teknikal yang dilatih di bawah program Porsche Classic Partner memastikan setiap langkah mematuhi piawaian antarabangsa Porsche Classic. Prosesnya meliputi penjajaran casis, pembaikan badan, penyediaan cat, kerja upholsteri dalaman, serta baik pulih enjin dan transmisi.
Hasil akhirnya bukan sekadar sebuah kereta yang diperbaharui, tetapi sebuah kapsul masa yang berjaya dihidupkan kembali, mencerminkan kesempurnaan reka bentuk dan kejuruteraan yang telah menjadikan 911 sebagai simbol keunggulan selama lebih setengah abad.
Dilancarkan pada tahun 1967, Porsche 911 T atau Touring direka sebagai varian paling asas dalam barisan 911. Namun, di sebalik kedudukannya sebagai model “entry-level”, 911 T menawarkan sesuatu yang sangat istimewa iaitu pengalaman pemanduan tulen tanpa gangguan elektronik atau kemewahan berlebihan.
Dikuasakan oleh enjin flat-six berkapasiti kecil, 911 T menonjol melalui karakter ringan, pengendalian yang lincah dan imbangan sempurna. Ia dicipta bukan untuk memukau dengan angka kuasa, tetapi untuk memberikan rasa pemanduan yang seronok dan mengasyikkan.
Kini, unit klasik yang pernah usang ini telah dikembalikan kepada bentuk asalnya dan disiapkan semula dengan penuh ketelitian, memperlihatkan semangat dan jiwa yang menjadikan 911 T legenda dalam dunia automotif.
Kejayaan projek ini sekali gus menegaskan kedudukan Porsche Centre Johor Bahru sebagai satu-satunya Porsche Classic Partner yang diiktiraf secara rasmi di Malaysia.
Sebagai pusat 4S (Sales, Service, Spare Parts, Showroom) yang disahkan oleh Porsche AG, fasiliti ini dilengkapi dengan kemudahan badan dan cat bertaraf kilang serta peralatan diagnostik khas untuk model-model klasik yang telah melepasi tempoh pengeluaran lebih 10 tahun.
Pusat ini kini menjadi salah satu daripada beberapa fasiliti di dunia yang diberi kepercayaan untuk memulihkan semula model ikonik Porsche dan memastikan setiap jentera klasik dikekalkan keaslian dan nilai sejarahnya seperti ketika ia dilahirkan.
Bagi pasukan di Porsche Centre Johor Bahru, kejayaan membina semula 911 T ini hanyalah permulaan kepada era baharu restorasi Porsche klasik di Malaysia. Ia menjadi bukti bahawa keupayaan teknikal dan kesungguhan terhadap warisan automotif mampu meletakkan Malaysia di peta Porsche Classic global.
Apabila 911 T yang telah siap sepenuhnya itu keluar dari bengkel, ia bukan sekadar kereta yang dipulihkan tetapi merupakan simbol komitmen terhadap seni kejuruteraan, ketelitian dan semangat Porsche yang tidak lapuk dek zaman.
Restorasi ini membuktikan bahawa walaupun teknologi terus berubah, nilai sebenar sebuah Porsche adalah gabungan antara seni, ketepatan, dan minat yang akan terus kekal abadi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Porsche Classic Partner dan perjalanan restorasi model 911 T ini, layari laman rasmi Porsche Malaysia.
Pasaran motosikal naked sport di Malaysia kini menerima tambahan baharu dengan pelancaran QJMOTOR SRK250S.
Model terbaharu yang diperkenalkan adalah sempena pembukaan Mforce SmartShop Tat Kang Motor Sdn. Bhd. di Johor.
Premis ini merupakan Mforce SmartShop ke-17 di Malaysia dan ke-7 di negeri tersebut, menandakan perkembangan pesat rangkaian pengedaran Mforce.
SRK250S tampil dengan imej agresif dan kemas, hadir dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Grey pada harga bermula RM9,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Reka bentuk naked sport moden dengan elemen praktikal sesuai untuk kegunaan harian.
Dengan dimensi 2,010mm panjang, 810mm lebar dan 1,070mm tinggi, jarak roda 1,370mm serta berat kering hanya 148kg, ia sesuai untuk penunggang baharu mahupun yang berpengalaman.
Ketinggian tempat duduk 780mm juga memberikan posisi tunggangan selesa, manakala ground clearance 135mm membantu mengharungi pelbagai kondisi jalan.
Dikuasakan enjin silinder tunggal 249cc, 4-lejang, 4-injap dengan penyejukan cecair, SRK250S menghasilkan 20.5kW pada 9,500rpm dan tork maksimum 22.5Nm pada 7,250rpm.
Sistem EFI memastikan pembakaran bahan api lebih cekap, manakala transmisi 6-kelajuan dengan klac basah berbilang plat memberikan pertukaran gear yang lancar.
Di bahagian hadapan, SRK250S menggunakan fork terbalik (USD) untuk kestabilan dan kawalan yang lebih baik, digandingkan dengan monoshock teleskopik boleh laras di belakang.
Kombinasi tayar 110/60-R17 di hadapan dan 140/60-R17 di belakang memastikan cengkaman optimum.
Keselamatan ditingkatkan melalui brek cakera 300mm di hadapan dan 240mm di belakang, kedua-duanya disokong ABS sebagai ciri standard.
SRK250S dilengkapi ciri moden seperti paparan meter digital, lampu LED sepenuhnya, suis hazard, port USB Type-A dan tempat duduk dua tingkat.
Rekaan ekzosnya memberi sentuhan sporty, manakala sambungan Bluetooth membolehkan penunggang menjawab dan menamatkan panggilan terus dari motosikal.
Buat masa ini ciri ini hanya menyokong pengguna Android sahaja dan kemas kini iOS dijangka menyusul.
Setiap pembelian SRK250S hadir dengan jaminan 2 tahun tanpa had perbatuan serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara atas talian menerusi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Ditubuhkan pada 1985, QJMOTOR ialah jenama di bawah Kumpulan Geely yang mengkhusus dalam R&D dan pembuatan motosikal, enjin serta komponen utama.
Pada 2005, QJMOTOR mengambil alih syarikat motosikal Itali, Benelli, sekali gus memperkukuh pengaruhnya di pasaran global.
Dengan pengalaman lebih tiga dekad, QJMOTOR kini mengeksport ke lebih 130 negara dan berhasrat menjadi peneraju dalam segmen motosikal berkuasa tinggi dan teknologi baharu.
Tawaran Istimewa di Semua Pengedar Sah BMW Malaysia dari 6 - 8 Mac 2026
BMW Malaysia mengumumkan penganjuran kempen jualan khas seluruh negara, “March Into...