Pada hari Selasa, operasi semua feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dan sebaliknya dihentikan sepenuhnya akibat ombak besar setinggi lima meter yang melanda perairan Kuala Kedah.
Menurut Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom. Ombak setinggi lima meter itu memberikan risiko yang besar kepada pelayaran. Atas faktor keselamatan, semua operasi feri dihentikan sehingga keadaan cuaca kembali tenang.
Trip Yang Terjejas
Sebanyak 10 trip feri terjejas akibat gangguan ini, dengan empat trip melibatkan perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah. Manakala enam trip lagi melibatkan laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Trip yang terjejas dari Langkawi ke Kuala Kedah termasuklah pada jam 10.30 pagi, 12 tengahari, 1 petang, dan 1.30 petang. Ia melibatkan 2,134 penumpang secara keseluruhan.
Manakala, bagi laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi, enam trip yang terjejas adalah pada jam 9.30 pagi, 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12 tengahari, 1.30 petang, dan 2.30 petang, yang melibatkan seramai 1,791 penumpang.
Ads
Tuntutan Semula
Kapten Dr Baharin turut memaklumkan bahawa penumpang yang terkesan boleh membuat tuntutan bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan ke tarikh yang lebih sesuai.
Ini pastinya melegakan mereka yang mungkin sudah membuat perancangan awal untuk perjalanan ke Langkawi.
Sebagai alternatif, pihak konsortium juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan feri tambahan melalui laluan Terminal Penumpang Kuala Perlis.
Namun, ia tertakluk kepada beberapa faktor seperti kemampuan terminal itu menerima jumlah penumpang yang lebih ramai serta keadaan paras air yang selamat untuk pelayaran.
Ads
Keselamatan Penumpang
Langkah ini pastinya dibuat dengan penuh berhati-hati memandangkan keselamatan penumpang adalah keutamaan, lebih-lebih lagi dengan situasi ombak yang tidak menentu.
Di samping itu, pihak feri juga terus memantau keadaan cuaca sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menyambung semula operasi pelayaran.
Bagi penumpang yang sedang merancang perjalanan mereka dalam masa terdekat, dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan maklumat terkini dari pihak feri atau pihak berkuasa tempatan.
Keadaan cuaca yang tidak menentu, terutama sekali ombak tinggi, boleh memberikan kesan yang besar kepada keselamatan dan operasi pelayaran.
Didi Group dengan bangganya mempersembahkan barisan motosikal Triumph 2024 yang dinanti-nantikan di Malaysia Autoshow 2024. Dalam barisan ini termasuklah Daytona 660, Scrambler 1200 siri terbaru, dan model-model Tiger 900. Motosikal-motosikal ini menambah rangkaian produk Triumph Malaysia yang ditawarkan melalui rangkaian pengedar rasminya.
“Kami yakin dengan kehadiran model-model baru ini, kami dapat meningkatkan jualan dalam pasaran. Daytona 660 yang baru ini membolehkan kami secara rasmi memasuki segmen kegemaran rakyat Malaysia, iaitu motosikal dengan fairing penuh, kini dengan nilai yang tidak boleh diabaikan,” kata Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group.
Encik Rewi juga menambah, “Kami bangga telah dianugerahkan di UK sebagai pengedar terbaik global di bawah kategori Highest Parts Clothing and Accessories per Unit, satu pencapaian yang selari dengan matlamat kami untuk menyediakan pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggan kami.”
Daytona 660 – Warna putih
Harga bagi model-model baru yang diperkenalkan adalah seperti berikut:
– Daytona 660 dari RM 49,500
– Tiger 900 GT dari RM 72,900
– Triumph Tiger 900 GT Pro dari RM 82,100
– Tiger 900 Rally Pro dari RM 85,900
– Scrambler 1200 X dari RM 80,900
– Scrambler 1200 XE dari RM 88,900
Triumph Scrambler XE
Semua motosikal ini didatangkan dengan waranti kilang selama 2 tahun atau 16,000 kilometer.
Mengenai model terkini dari Triumph untuk pasaran Malaysia, Daytona 660 ia dikuasakan oleh enjin triple 660cc yang berkuasa. Model ini menawarkan kuasa puncak 95PS dan tork puncak 69Nm.
Daytona 660 dilengkapi dengan teknologi yang fokus kepada penunggang, termasuk throttle ride-by-wire, tiga mod tunggangan (Sport, Road, dan Rain), dan kawalan cengkaman (traction control).
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pesanan dengan pengedar Triumph tempatan, apabila motosikal tiba di bilik pameran mulai akhir Mei 2024.
Pengeluaran tempatan yang mencontohi konsep ‘Ekosistem GAC’ ini dijangka akan memberi impak yang ketara dalam meningkatkan daya saing GAC di pasaran Malaysia.
Langkah ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memberikan pilihan yang lebih baik dan mampu milik kepada pengguna tempatan.
Menurut CEO Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng, “Projek CKD mercu tanda ini merupakan satu peristiwa penting bagi WTCA.
Dengan menyediakan model yang mampu milik, kami yakin dapat menguasai bahagian pasaran yang lebih besar.”
Selain itu, WTCA merancang untuk memperkenalkan lebih banyak varian dan model dalam bentuk CKD di pasaran tempatan.
“Kami berharap dapat meluaskan lagi barisan produk kami,” tambah Tan Keng Meng, mengisyaratkan masa depan yang cerah untuk pilihan kenderaan GAC di Malaysia.
Sisi belakang GAC GS3 EMZOOM
GAC Malaysia
Para pelanggan juga dijemput untuk melawat bilik pameran GAC di seluruh negara untuk merasai sendiri kehebatan GAC GS3 EMZOOM. Ini merupakan peluang untuk melihat secara dekat dan memahami apa yang ditawarkan oleh model ini.
Untuk memastikan perkhidmatan selepas jualan yang cekap, GAC Malaysia telah menyediakan gudang alat ganti yang komprehensif di Semenanjung dan Malaysia Timur.
Ini bertujuan untuk memastikan pemenuhan alat ganti dilakukan dengan pantas dan cekap. Sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik kenderaan GAC.
Dengan langkah-langkah ini, GAC bukan sahaja memperkukuhkan kehadiran mereka di pasaran tempatan. Namun ia menawarkan nilai tambah kepada pelanggan dengan sokongan selepas jualan yang menyeluruh dan kenderaan yang kompetitif dari segi harga dan kualiti.
Yamaha Motor Company meneruskan sambutan ulang tahun ke-70 mereka di pentas dunia dua roda apabila pasukan rasmi pengeluar Jepun itu bakal tampil dengan livery istimewa sempena perlumbaan penutup musim Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) 2025 di Jerez, hujung minggu ini.
Warisan dan sejarah panjang Yamaha dizahirkan melalui jentera Pata Maxus Yamaha WorldSBK Official Team, GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team dan Pata Yamaha Ten Kate Racing WorldSSP Team semuanya bakal turun dengan warna merah dan putih ikonik, diinspirasikan daripada rekaan YZF-R7 tahun 1999 yang cukup legend!
Livery Ikonik Jentera Yamaha
Warna khas ulang tahun ke-70 ini akan menghiasi jentera Yamaha R1 WorldSBK dan R9 WorldSSP khusus untuk perlumbaan Race 2 pada hari Ahad. Para pelumba juga akan mengenakan sut perlumbaan yang direka khas bagi meraikan detik bersejarah ini.
Reka bentuk tersebut pertama kali didedahkan dalam sesi fotografi eksklusif di Litar Jerez pada Khamis, memberikan para media peluang pertama melihat penampilan baharu ini sebelum aksi hujung minggu bermula.
Menurut Andrea Dosoli, Pengurus Bahagian Yamaha Motor Europe, penampilan khas ini bukan sekadar penghormatan terhadap sejarah, tetapi juga sebagai simbol kesinambungan semangat perlumbaan Yamaha.
“Kami amat berbangga dapat memainkan peranan dalam sambutan ulang tahun ke-70 Yamaha dengan memperkenalkan livery khas yang diinspirasikan daripada YZF-R7 1999 untuk perlumbaan WorldSBK dan WorldSSP pada Ahad ini. R7 ialah motosikal yang telah memukau peminat di seluruh dunia serta mencatat kejayaan besar dalam Kejuaraan Dunia Superbike. Melihat warna ini kembali ke litar pastinya mengundang nostalgia mendalam buat kami semua. Legasi Yamaha sendiri sudah cukup menggambarkan kehebatannya sebagai jenama ikonik, dan kami yakin warna ini akan membangkitkan kenangan indah di hati ramai peminat perlumbaan,” katanya.
Ulang tahun ke-70 Yamaha bukan sekadar sambutan, tetapi pengiktirafan terhadap tujuh dekad inovasi, keberanian dan pencapaian dalam dunia permotoran. Dari era dua lejang GP hingga ke teknologi moden superbike dan sportbike masa kini, Yamaha terus menjadi simbol kesempurnaan antara prestasi dan semangat perlumbaan.
Dengan warna klasik merah-putih yang kembali menghiasi jentera moden R1 dan R9, Yamaha bukan sahaja meraikan sejarah malah mereka menghidupkan semula semangat zaman kegemilangan yang telah membentuk identiti mereka selama tujuh dekad.
Kawasaki Z900RS 2026 – Retro Klasik Kini Lebih Berkuasa dan Pintar
Kawasaki kembali memanaskan segmen retro moden dengan memperkenalkan Z900RS 2026, menampilkan bukan sekadar warna...