MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2024 adalah edisi motosikal khas terbaharu dari Varese, Itali. Motosikal luar biasa ini berkait rapat dengan TABAC Classic GP di TT Circuit Assen yang merupakan sebuah acara kebanggaan MV Agusta.

MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2021 Tampil Moden & Garang! Terhad Kepada 300 Unit Sahaja
Kredit Foto : Website ultimatemotorcycling.com

Diinspirasikan daripada Brutale 1000 RR model sebelumnya, edisi Assen untuk tahun 2024 bukan sekadar replika tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemas kini dan peningkatan daripada segi teknologi. Motosikal inline-4 ini kekal tanpa perubahan dan memelihara legasi model pendahulunya.

MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2021 Tampil Moden & Garang! Terhad Kepada 300 Unit Sahaja
Kredit Foto : Website ultimatemotorcycling.com

Salah satu peningkatan yang menonjol adalah pada quickshifter. Ia telah diperhalusi dari segi komponen mekanikal dan juga perisian. Peningkatan ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi motosikal ke tahap baru yang lebih dinamik.

MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2021 Tampil Moden & Garang! Terhad Kepada 300 Unit Sahaja
Kredit Foto : Website ultimatemotorcycling.com

Satu ciri menonjol edisi ini adalah Kit Bahagian Khas yang direka khusus untuk penggunaan trek. Ia merangkumi sistem ekzos titanium daripada jenama Arrow dan ECU berprestasi tinggi yang dapat meningkatkan output sehingga 212 kuasa kuda pada 13,600 rpm. Kit ini adalah bukti komitmen MV Agusta terhadap kecemerlangan perlumbaan.

MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2021 Tampil Moden & Garang! Terhad Kepada 300 Unit Sahaja
Kredit Foto : Website ultimatemotorcycling.com

Selain daripada trek, versi street-legal motosikal ini mempunyai keunikanya tersendiri. Ia dikemaskini dengan roda Rotobox carbon fiber, tempat duduk Alcantara bewarna biru, dan tangki bahan api two-tone yang digilap. Demi menjaga eksklusiviti, motosikal ini hanya dihasilkan sebanyak 300 unit Sahaja.

Ads
MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2021 Tampil Moden & Garang! Terhad Kepada 300 Unit Sahaja
Kredit Foto : Website ultimatemotorcycling.com

Harga untuk model MV Agusta Brutale 1000 RR Assen 2024 masih belum diumumkan namun ciri-ciri dan  kemas kini serta  bilangan produksi yang terhad menjadikannya jentera yang dicari oleh peminat dan pengumpul motosikal MV ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Ads

 

 

Ads

 

 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI