Baru-baru ini Mitsubishi telah melancarkan model SUV segmen B yang baharu iaitu XForce di Indonesia. Mitsubishi XForce ini bakal bersaing dengan SUV lain seperti Honda HR-V, Toyota Yaris Cross dan Suzuki Grand Vitara untuk pasaran Malaysia.

Rakyat Indonesia akan menerima model ini dengan lebih awal kerana ia dipasangkan di sana sebelum seterusnya ke negara ASEAN yang lain. Mitsubishi turut bercadang untuk meluaskan model ini ke Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.

Mitsubishi Lancar Model Baharu. XForce, Pesaing Baru SUV Kelas B
Kredit Foto: vietnamnet.vn

Secara dasarnya, XForce ini kelihatan seperti model XPander versi kecil yang ditambah baik dengan lampu hadapan dikemaskini menjadi bentuk ‘L’ manakala lampu nyalaan siang yang terletak dibahagian bawah akan berbentuk ‘T’ jika dihidupkan. Keseluruhan bahagian hadapan nampak lebih sporty dan garang.

Untuk dimensi XForce, ia berukuran 4,390mm (panjang), 1,810mm (lebar) dan 1,660mm (tinggi) dengan jarak roda 2,650m, sedikit besar dari HR-V, lebih selesa untuk penumpang. Rim pula berukuran 18 inci dengan dwi tona dengan rekaan sisi standard SUV.

Ads
Mitsubishi Lancar Model Baharu. XForce, Pesaing Baru SUV Kelas B
Kredit Foto: motor1.com

Dari segi prestasi, XForce menggunakan enjin MIVEC 4A91 1.5-liter, sama seperti Xpander. Menghasilkan 104hp pada 6,000 rpm dan 141 Nm pada 4,000 rpm. Enjin ini didatangi dengan transmisi CVT sebagai standard.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Mitsubishi XForce 2023 adalah enam beg udara, Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Mitigation (FCM), Automatic High Beam (AHB), Lead Car Departure Notification (LCDN), Blind Spot Warning with Lane Change Assist Function (BSW/LCA) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Ads
Mitsubishi Lancar Model Baharu. XForce, Pesaing Baru SUV Kelas B
Kredit Foto: vietnamnet.vn

Beralih ke bahagian dalam XForce, ia berasaskan konsep ‘Horizontal Axis’ mirip Triton serta dilengkapi dengan skrin paparan bersaiz 12.3 inci dengan Smartphone-link Display Audio (SDA). Mod pemanduan yang tersedia untuk model ini adalah Normal, Wet, Gravel dan Mud.

Ads

Dengan hadirnya model baharu ini, harapnya ia dapat jadi ‘batu pembakar’ buat pengeluar lain untuk terus tambah baik rekaan mereka dan memberikan yang terbaik buat pengguna di atas jalan raya.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI