Sebagai sebahagian daripada rangkaian pengeluaran global Mercedes-Benz di seluruh dunia, Kilang Pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan meraikan pencapaian istimewa iaitu dengan melancarkan kenderaan penumpang Mercedes-Benz yang ke-100,000. Pencapaian luar biasa ini mengutuhkan komitmen dan dedikasi Mercedes-Benz Malaysia dalam menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi dan inovasi dalam industri automotif mewah.

Mercedes-Benz Malaysia berazam untuk menyokong ekonomi tempatan dengan usaha pelaburan berterusan melebihi RM500 juta hingga kini di kilang Pekan, memperkuatkan kualiti pengeluaran kenderaan tempatan dan mendorong pertumbuhan jenama automotif yang paling diingini di dunia.

Amanda Zhang, Presiden & CEO Mercedes-Benz Cars Malaysia & Ketua Wilayah, Mercedes-Benz Cars SEA II berkongsi, “Mercedes-Benz adalah pengeluar automotif mewah pertama dan satu-satunya yang menguasai proses pengeluaran tempatan di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Kilang Pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap automotif Malaysia. Pencapaian tahun ini menunjukkan perkembangan kilang yang luar biasa”.

Mercedes-Benz Malaysia Menyambut Produksi 100,000 Buah Kenderaan Penumpang di Kilang Pekan

Masa Depan Elektrik

Satu lagi pencapaian penting yang dicapai pada awal tahun ini adalah pelancaran model EQS 500 4MATIC yang dipasang di peringkat tempatan. Ini mempercepatkan usaha mobiliti elektrik jenama itu dan membentuk masa depan industri automotif, serta arah tuju kilang di Malaysia. Dengan ini, syarikat secara konsisten melaksanakan strategi Mercedes-Benz ke arah ‘elektrik untuk semua’.

Ads

Dalam usaha untuk menyokong masa depan yang sepenuhnya elektrik selaras dengan visi globalnya, Mercedes-Benz Cars akan bersedia untuk beralih sepenuhnya ke kenderaan elektrik menjelang akhir dekad ini, jika sambutan di pasaran memberangsangkan.

Mercedes-Benz Malaysia Menyambut Produksi 100,000 Buah Kenderaan Penumpang di Kilang Pekan

Lebih Terjamin

Ads

Komitmen Mercedes-Benz terhadap kelestarian adalah aspek penting dalam strategi perniagaannya, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs). Dalam “Ambition 2039,” syarikat ini menetapkan sasaran menjadikan kumpulan kenderaan baru net neutral karbon sepanjang kitaran hidup kenderaan menjelang tahun 2039.

Andreas Lettner, Naib Presiden Pengeluaran di Mercedes-Benz Cars Malaysia, menyatakan, “Selari dengan visi kelestarian kami, kami berazam mengurangkan jejak karbon kami dengan mengurangkan penggunaan air dan tenaga sambil menguruskan sisa secara efisien.

“Dengan bekerjasama dengan rakan pengeluaran kontrak kami, HICOM Automotive, kami telah menjalankan banyak peningkatan di kilang kami. Peningkatan ini termasuk pelaburan dalam jentera, peningkatan kapasiti, dan pelaksanaan pelbagai langkah kelestarian. Langkah-langkah ini termasuk penjimatan tenaga, pengurangan penggunaan bahan mentah melalui pembungkusan inovatif, penggunaan air hujan, dan integrasi tenaga hijau melalui panel fotovoltaik.”

Ads

Mercedes-Benz, bersama dengan rakan pengeluaran kontraknya, HICOM Automotive, sedang berusaha mencapai Sasaran Pengeluaran Hijau untuk kilang pengeluaran demi memastikan pengurangan tenaga, air, dan sisa yang lebih baik; sambil meningkatkan peratusan tenaga boleh diperbaharui dalam pengeluarannya. Ini termasuk aspirasi untuk meningkatkan sumber tenaga boleh diperbaharui daripada 30% (saat ini) kepada 85% menjelang akhir dekad ini.

Mercedes-Benz Malaysia Menyambut Produksi 100,000 Buah Kenderaan Penumpang di Kilang Pekan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI