Mercedes-AMG terus mengekalkan momentum dengan memperkenalkan pelbagai model yang telah dipertingkatkan sejak tahun 2022 hingga kini. Pasaran tempatan turut menjadi saksi kepada kemunculan yang menarik apabila Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupe 2024 melancarkan penjualannya pada permulaan bulan Oktober lalu.
Mercedes-AMG sentiasa memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan yang menghargai kuasa dalam susunannya. Salah satu contoh menarik adalah Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC, yang telah mula dipasang di Pekan, Pahang, dan diperkenalkan kepada pasaran pada bulan Jun 2022 dengan harga permulaan dari RM370,888.
Pada bulan Mac yang lalu, GLA 35 4MATIC juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan kini tibalah giliran GLA 45 S 4MATIC+ yang menawarkan lebih banyak kuasa daripada model sebelumnya.
Dari segi reka bentuk, model 2024 tampil dengan apron depan yang diperbaharui serta logo AMG yang terletak pada bonet. Lampu LED adalah teknologi yang mendominasi kesemua sistem pencahayaan, dengan penambahan pilihan lampu depan MULTIBEAM LED.
Kredit Foto: Careta.my
Pendakap gerbang roda memaparkan warna yang serasi dengan badan kereta, menggantikan warna hitam yang biasa sebelum ini, dan keseluruhan model ini menonjol dengan rim 21 inci yang mencuri tumpuan. Bahagian belakang kereta tidak ketinggalan dengan spoiler yang memikat dan empat muncung ekzos, menjadikannya model paling berkuasa dalam keluarga GLA.
Ads
Pada ruangan dalam kereta, anda akan menemui stereng AMG Performance yang terkini sebagai ciri asas. Sistem maklumat hibrid MBUX dengan skrin khas AMG, menyediakan penambahbaikan fungsi dan kuasa yang lebih besar.
Telefon pintar anda boleh disambung tanpa wayar, membolehkan sistem Apple CarPlay dan Android Auto berfungsi dengan lancar. Terdapat juga pengecas USB yang lebih bertenaga dan slot tambahan USB-C untuk keperluan sejagat.
Memacu GLA 45 S ini adalah enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan sejumlah 421 ps pada 6,750 rpm dan tork sebanyak 500Nm di antara julat 5000 hingga 5,250 rpm. Prestasinya sangat mengagumkan, dengan pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 4.3 saat dan kelajuan maksimum terhad pada 270 km/j.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Untuk perbandingan, GLA 35 menghasilkan 306 hp dengan tork 400Nm. Ia mampu mencapai 0-100 km/j dalam 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 250 kilometer sejam.
Kuasa dari enjin GLA 45 S disalurkan melalui kotak gear lapan kelajuan AMG SPEEDSHIFT DCT dan sistem pacuan semua roda 4MATIC+. Dinamik pemanduan ditingkatkan dengan mod RACE, pacuan 4MATIC+, dan Kawalan Torque AMG.
Ads
Kotak gear pada gandar belakang dilengkapi dengan cekam pelbagai plat kawalan elektronik, setiap satu berhubung dengan aci pacu gandar. Rekaan ini tidak hanya membahagikan kuasa antara gandar depan dan belakang, tetapi juga antara roda belakang kanan dan kiri, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih terkawal dan seronok.
Dengan pembaharuan dalam segala aspek, Mercedes-AMG terus membuktikan dedikasinya dalam membawa kuasa dan kecemerlangan kepada pasaran automotif. Dengan keluarga GLA yang semakin berkembang, peminat-peminat kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk memuaskan kepuasan mereka terhadap kecergasan dan kehebatan segmen ini.
1 of 10
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kereta ialah kucing yang suka memanjat atau tidur di atas badan kereta. Tindakan Kucing nakal yang selalu memanjat kereta sering dilabelkan sebagai “oyen” boleh menyebabkan calar pada permukaan kereta.
Berikut adalah lima tip yang boleh dikongsikan untuk mengatasi masalah ini.
1. Gunakan Bau-Bauan yang Tidak Disukai Kucing
Kucing terkenal dengan deria bau yang tajam. Beberapa bau-bauan tertentu seperti bau citrus, menthol, atau lavender boleh membantu menghalau kucing daripada mendekati kereta anda.
Anda boleh membeli semburan khas yang mengandungi bau-bauan ini dan semburkan di sekeliling kereta anda. Pastikan semburan tersebut tidak mengenai permukaan kereta secara langsung untuk mengelakkan kerosakan cat.
2. Gunakan Alat Bunyi Ultra Sonic
Alat ini akan mengeluarkan gelombang bunyi yang boleh menghalau haiwan dekat dengan kawasan ianya diletakkan. Ianya berfungsi menggunakan sensor dan bunyi tersebut boleh menyebabkan oyen akan tergagnggu dengan frequency bunyi yang kuat.
Kredit Foto : Shopee
Alat ini ada dijual dalam aplikasi dalam talian dan anda boleh cuba mencari alat ini dengan kata kunci : Cat Repellent Ultrasonic. Anggaran harga sekitar RM60 sehingga RM150 bergantung kepada jenis dan kualiti.
3. Gunakan Pelindung Kereta
Memasang pelindung kereta boleh melindungi permukaan kereta anda daripada tercalar atau tercemar oleh kucing. Pelindung kereta yang dibuat daripada bahan yang licin juga boleh menghalang kucing daripada memanjat ke atas kereta anda.
Kredit Foto : Shopee
Tetapi menggunakan pelindung kereta adalah bergantung kepada kerajinan anda juga, namun jika tidak mempunyai masa untuk menutup kereta anda boleh gunakan alat daripada point yang ke-2.
Kucing suka mencari tempat yang selesa dan hangat untuk berehat. Dengan menyediakan tempat tidur alternatif seperti kotak atau tempat khas untuk kucing di sekitar kawasan rumah anda, anda boleh mengalihkan perhatian kucing daripada kereta anda.
5. Selalu Bersihkan Kawasan Sekitar Kereta
Kucing sering tertarik kepada kawasan yang kotor atau berbau. Dengan menjaga kebersihan di sekitar kawasan tempat anda meletak kereta, anda boleh mengurangkan peluang kucing untuk mendekati kereta anda. Buang sampah dan sisa makanan dengan betul agar tidak menarik perhatian kucing.
Mengelakkan kucing daripada memanjat atau tidur di atas badan kereta anda bukanlah sesuatu yang sukar. Dengan mengikuti tips-tips yang dikongsikan, anda boleh memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terpelihara.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Setelah sekian lama menyepi dari pasaran Malaysia, jenama ikonik Moto Morini kembali dengan model baharu, Calibro 700. Ditawarkan pada harga RM35,888 (tidak termasuk insurans).
Model cruiser ini hadir dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan, menjadikannya pilihan menarik bagi peminat motosikal yang mencari gaya dan fungsi dalam satu pakej.
Calibro 700 mempersembahkan reka bentuk cruiser klasik dengan sentuhan moden. Ia menampilkan fairing separuh di bahagian lampu hadapan yang memberikan perlindungan angin serta gaya yang unik.
Praktikaliti
Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan beg barangan tepi berkapasiti 20 liter setiap satu, menjadikannya praktikal untuk perjalanan jauh atau kegunaan harian.
Satu ciri yang membezakan Calibro 700 ialah peletak kaki boleh laras yang menawarkan dua posisi – kedudukan santai ke hadapan atau lebih tegak seperti motosikal standard.
Di bahagian fairing pula, terdapat dua poket kecil untuk barangan peribadi, lengkap dengan soket USB untuk mengecas peranti ketika perjalanan.
Prestasi Calibro 700
Di bawah reka bentuk yang bergaya ini, Calibro 700 dikuasakan oleh enjin dua silinder selari DOHC dengan penyejukan cecair.
Enjin berkapasiti 693 cc ini mampu menghasilkan 74 hp pada 8,500 rpm dan tork maksimum 68 Nm pada 6,500 rpm.
Kuasa ini disalurkan ke roda belakang melalui transmisi enam kelajuan yang menggunakan sistem tali sawat, memastikan tunggangan yang lancar dan senyap.
Motosikal ini menggunakan rim bersaiz 18 inci di hadapan dan 16 inci di belakang, yang dipadankan dengan fork teleskopik 41 mm di depan dan penyerap hentak berkembar dengan pelarasan pra-beban di belakang.
Sistem breknya juga tidak kurang hebat, dengan brek cakera J.Juan dua piston di hadapan dan satu piston di belakang. Lengkap dengan sistem ABS dual-channel untuk keselamatan tambahan.
Kelengkapan lain
Termasuk tangki bahan api berkapasiti 15 liter. Panel meter kombinasi analog dan digital, lampu LED sepenuhnya, serta berat keseluruhan 228 kg yang memberikan kestabilan semasa menunggang.
Moto Morini Calibro 700 jelas membawa gabungan gaya, teknologi, dan praktikaliti yang sesuai untuk pelbagai keperluan tunggangan. Dengan harga yang kompetitif dan ciri-ciri menarik, ia berpotensi menjadi pilihan utama di kalangan peminat cruiser di Malaysia.
Jika anda mencari motosikal yang menawarkan keanggunan klasik dan prestasi moden, Calibro 700 mungkin jawapannya.
Selama lebih 18 tahun, Yamaha Fino menjadi simbol motosikal automatik yang berjaya menawan hati rakyat Thailand dengan reka bentuk dan prestasinya, Model ini tampil dengan keluaran terbaharu Fino Final Edition dan mungkin ini adalah keluaran terakhir untuk Fino.
Pelancaran model ini juga adalah bersempena ulang tahun ke 60 tahun Syarikat Motor Yamaha Thailand. Model ini hadir dengan satu varian warna sahaja iaitu hitam menjadikan ia unik dan eksklusif.
Yamaha Fino Final Edition terhad dengan hanya pengeluaran 999 unit dan setiap satu dihiasi dengan logo Emblem emas serta nombor plat bersiri yang unik, menambah sentuhan eksklusiviti kepada daya tariknya.
Motosikal yang diispirasi daripada kebanyakkan model motosikal automatik daripada Jepun ini menggunakan lampu depan LED projector dengan dimmer Diamond Cut Lens. Selain itu, Yamaha Fino Final Edition juga dilengkapi kunci “Answer Back System”, memboleh ruangan penyimpanan boleh terbuka secara automatik.
Motosikal ini juga dilengkapi ruang penyimpanan seluas 7,2 liter, yang boleh memuatkan sebiji topi keledar biasa serta mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.
Dengan harga disyorkan sebanyak 50,900 baht (RM6800), Yamaha Fino Final Edition juga turut disertakan dengan topi keledar khas Fino bewarna hitam serta jaminan 5 tahun atau 50,000 kilometer.
Meskipun kita tidak menerima model motosikal ini untuk pasaran tempatan tetapi kita tetap boleh melihat motosikal ini meluncur di jalan raya Malaysia. Ubahsuai daripada model asas Yamaha Ego membolehkan ianya menjadi sebuah model Yamah Fino melalui penukaran “coverset” serta bahagian-bahagian lain.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
YZR-M1 V4 Muncul Buat Kali Pertama di San Marino GP
Yamaha Motor Co., Ltd. melakar sejarah baharu apabila memperkenalkan jentera prototaip YZR-M1 dengan enjin V4...