Berita

Mazda 2 Hybrid 2024 Facelift, Inspirasi Dari Yaris TNGA Kini Dengan Sentuhan Mazda

Share

Jika sebelum ini Mazda2 Hybrid boleh dikatakan mempunyai rekaan yang sama dengan Toyota Yaris, kali ini Mazda mempersembahkan versi facellift dengan beberapa perubahan kosmetik yang selari dengan imej semasa jenama itu,

Paling menyerlah ialah penambahan bampar hadapan dengan struktur perumah berjeriji baharu, dipadankan dengan kemasan pintu belakang yang lebih cantik sama warna dengan badan kereta.

Didatangkan dengan rim 15 inci secara standard, anda boleh memilih untuk menukar kepada varian Exclusive-Line dengan rim aloi 16 inci atau versi tertinggi Homura dan Homura Plus untuk rim bersaiz 17 inci, lengkap dengan sistem pencahayaan LED penuh.

Kredit Foto: motor1.com

Pada ruang dalaman khususnya bahagian kabin ia mendapat kemasan sama seperti Toyota Yaris facelift. Antaranya seperti skrin kluster 12.3 inci, skrin paparan head-up, skrin tengah bersaiz 10.5 inci, bumbung panorama dan kawalan iklim dua zon untuk versi premium Homura Plus.

Bagi varian asas iaitu Prime-Line, ia datang dengan skrin infohibur bersaiz 9 inci, manakala versi Center-Line pula mendapat naiktaraf sistem audi dengan empat pembesar suara.

Untuk prestasi, ia menggunakan transmisi CVT yang memberi Mazda2 Hybrid enjin janaan kuasa 114 HP dan daya kilas 169 Nm dengan enjin hibrid tiga silinder sebaris 1.5 liter.

Kredit Foto: motor1.com

Pecutan 0-100km/j adalah sepantas 9.7 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum pada 175 km/j. Disebabkan Mazda2 mempunyai teknologi hibrid, ia turut didatangi dengan mod pemanduan EV untuk laluan dalam bandar. Menurut Mazda, kadar penggunaan bahan api mampu mencapai serendah 3.8 liter untuk setiap 100km.

Disebalik naiktaraf kosmetik, Mazda2 Hybrid tidak mengubah prestasi enjin hibrid seperti yang wujud pada Toyota Yaris facelift, sekadar info, Mazda Eropah masih lagi menjual model Mazda2 Hybrid versi lama ini bersama-sama dengan model Mazda2 original.

Usaha ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna di pasaran Eropah, selain mampu untuk menurunkan kadar pelepasan emisi armada purata di benua tersebut tanpa perlu menghabiskan duit untuk mebangunkan model yang khusus.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan