Berita

Li Auto Mega Minivan Elektrik Dari China, Rekaan Persis Staria!

Share

Ketika pertama kali melihat minivan elektrik ini, pasti ramai terus membayangkan ia sebuah reka bentuk futuristik persis Hyundai Staria yang memukau.

Namun, ia sebenarnya bukanlah versi baru atau facelift bagi Hyundai Staria.

Sebaliknya, minivan ini adalah keluaran Li Auto Mega yang merupakan hasil ciptaan sebuah syarikat pemula dari Beijing. Ketua Pegawai Eksekutif, Li Xiang, sendiri telah memperlihatkan imej minivan yang benar-benar luar biasa ini menerusi akaun media sosial rasmi.

Apa yang membezakan Li Auto Mega adalah reka bentuk luarannya yang cukup unik. Ia tidak mengikut konsep minivan biasa yang menekankan ruang dalam yang luas. Sebaliknya, ia tampil dengan reka bentuk atap yang melengkung, membentang dari bahagian depan hingga ke kaca belakang.

Elemen rekaannya mengingatkan kita kepada Staria dapat dilihat pada bahagian depan dengan unit lampu utama yang diletakkan rendah di bahagian bumper, diiringi oleh bar LED melintang yang memukau di bahagian atas.

Kredit Foto: CarsNewsChina

Menurut laporan, Li Auto Mega menggunakan senibina Whale yang memanfaatkan bateri Qilin CATL yang hebat, membolehkan pengecasan pantas sehingga 500 kW. Ini bermakna, dengan pengecasan selama hanya 22 minit, anda boleh menambah jarak perjalanan hingga 600 km!

Dengan adanya bonjolan perumah radar di bahagian atap, Li Auto Mega dipercayai akan membawa kemampuan pemanduan autonomi yang lebih canggih.

Pelancaran rasmi Li Auto Mega dijadualkan pada Disember 2023, dengan penjualan yang dijangkakan bermula pada Januari 2024. Harganya dianggarkan bermula dari RMB500,00 (RM324,365).

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan