Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih RM20 juta hasil kutipan keseluruhan bagi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M_M.

Nombor pendaftaran paling tinggi dibida kali ini ialah M1M dimana nilai yang terkumpul mencecah RM622,000 manakala, tempat kedua adalah M5M dengan nilai bidaan sebanyak RM500,000.

JPJ Rekod Kutipan RM20 Juta, Hasil Bidaan Nombor Pendaftaran M_M
Kredit Foto: Jabatan Pengangkutan Jalan

Menurut JPJ, seramai 25,033 orang menyertai bidaan Merdeka ini dimana dari jumlah itu, seramai 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Bagi tempat ketiga bidaan tertinggi adalah M8M dengan nilai RM450,000.

Manakala M9M berjaya meraih nilai bidaan sebanyak RM402,004 dan yang kelima dengan nilai bidaan sebanyak RM350,000 jatuh kepada M6M. Sambutan nombor siri M_M kali ini dilihat sangat memberangsangkan, jelas JPJ.

Ads

Antara nombor yang paling banyak dibida ialah M101M iaitu seramai 39 pembida, M155M (33 pembida), M51M (32 pembida), diikuti dengan M313M iaitu 31 pembida dan seterusnya M39M seramai 28 pembida.

Siri M_M yang membawa maksud ‘Malaysia Merdeka’ telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai pihak seterusnya menunjukkan semangat rakyat Malaysia dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ads

Di kesempatan itu , JPJ turut mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September yang lalu dan berterima kasih kepada semua pengguna yang telah menyertai siri bidaan pada kali ini melalui Sistem JPJeBid.

Bidaan nombor pendaftaran melalui dalam talian (Sistem JPJeBid) memperlihatkan usaha dari JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat Malaysia selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

Ads
JPJ Rekod Kutipan RM20 Juta, Hasil Bidaan Nombor Pendaftaran M_M
Kredit Foto: ecentral.my

Orang ramai yang berhasrat untuk membida nombor pilihan masing-masing dinasihatkan untuk muat turun aplikasi JPJeBid dan ikuti JPJ di media sosial rasmi untuk ketahui nombor siri seterusnya yang akan ditawarkan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI