Kebanyakan motosikal keluaran jenama Honda sudah pasti akan hadir bersama unit terhad untuk setiap model. Rekaan REPSOL tidak asing lagi untuk semua model motosikal Honda. Jadi tidak hairanlah pada tahun 2022, Honda CBR150R telah mengeluarkan unit terhad untuk model CBR150R REPSOL Edition dengan harga yang sedikit mahal berbanding dengan model biasa.

Honda Vario Tampil Dengan Rekaan REPSOL
Kredit foto : Facebook Honda Impian X GB Motorworld

Tahun ini Honda untuk pasaran Malaysia hadir dengan model Vario 160 REPSOL Edition yang bermula pada harga RM10,498 tidak termasuk cukai jalan, perlindungan insuran dan pendaftaran. Berbanding dengan varian biasa yang beharga RM9,998, Model REPSOL hanya dihasilkan dalam unit yang terhad iaitu sebanyak 2000 unit sahaja.

Honda Vario Tampil Dengan Rekaan REPSOL

Honda Vario menghasilkan 15.3 kuasa kuda pada 8500 rpm. Lebih menarik mengenai skuter ini, ia hadir dengan rim bersaiz 14 inci berserta tayar lebar bersaiz 100/80 dan 120/70 lengkap dengan sistem keselamatan ABS di bahagian depan dan mempunyai sistem brek cakram dibahagian depan dan belakang. Ini secara tidak langsung memberikan kestabilan dan cengkaman yang lebih ketika pemanduan.

Honda Vario Tampil Dengan Rekaan REPSOL

Lebih menarik, skuter ini mempunyai tempat pengecas USB-A dan ruangan simpanan 18 liter di bawah tempat duduk serta mempunyai LCD monochrome yang menarik. Berat Honda Vario adalah 117 kg dengan tangki minyak berkapasiti 5.5 liter sesuai untuk perjalan yang jauh.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI