Selepas mengharungi cabaran pandemik yang melanda global, Honda kini mampu menarik nafas lega dengan perkembangan positif yang diraih oleh jenama mereka terutamanya pada tahun lalu.
Pada pertemuan bersama media dalam sesi Media Gathering 2023 yang berlangsung Jumaat lalu Honda juga berbangga mengumumkan bahawa mereka merupakan jenama bukan nasional terlaris di Malaysia.
Ia sekali gus menunjukkan kepercayaan pengguna masih lagi kuat terhadap mereka. Pada sesi penghargaan media tersebut Honda Malaysia turut membayangkan perancangan strategik yang bakal diperkenalkan sepanjang tahun 2023.
Untuk tahun ini, Honda Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tiga model baharu berserta satu model ‘facelift’. Selain itu, Honda turut menyasarkan jumlah jualan sebanyak 80,000 unit dengan penguasaan pasaran 12.3 peratus.
MOMENTUM
Menurut Presiden dan Ketua Bahagian Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, “Honda meraikan ulang tahun ke 75 pada tahun ini. Oleh itu, Honda Malaysia berusaha mempercepatkan momentum melalui pelancaran model baharu dan aktiviti pemasaran.
Ads
“Kami memberi tumpuan kepada tiga faktor utama untuk model kami, iaitu Teknologi Termaju, Tawaran Premium dan Sporty Appeal. Gabungan tiga tonggak utama ini menjadikan model Honda akan datang lebih unik”.
Salah sebuah model baharu yang bakal diperkenalkan adalah dari kategori SUV kompak yang ramai menjangkakan ia adalah Honda W-RV. Menurut beliau lagi model tersebut dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023.
Ads
Selain itu, Honda Malaysia turut terus memperkasakan teknologi hibrid. Sebagai perintis memperkenalkan teknologi hibrid di negara sejak 19 tahun lepas ia berkembang bermula dengan Integrated Motor Assist (IMA) sehingga Sport Hybrid i-DCD dan terbaru dengan teknologi e:HEV.
“Kami adalah perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid sejak 19 tahun lalu. Teknologi ini telah berkembang begitu ketara bermula dengan IMA, Sport Hybrid i-DCD, dan terkini, teknologi e:HEV,” tambah Sarly Adle lagi.
PROMOSI AKTIVITI
Honda Malaysia akan memperkenalkan Hentian 2S (Servis dan Alat Ganti) dan mempromosikan aktiviti selepas jualan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.
Ads
Lebih menarik lagi, Honda Malaysia juga sedang menambah baik sistem Honda CONNECT yang menampilkan ciri keselamatan, sekuriti dan keselesaan.
Ramai menjangkakan model SUV kompak yang dimaksudkan ialah Honda W-RV.
Honda CONNECT bakal diperkenalkan untuk model-model lain sebagai tambahan kepada City RS, City Hatchback RS, Civic RS, Civic e:HEV RS and HR-V e:HEV RS bagi membolehkan pelanggan menikmati pelbagai fungsi yang tersedia dalam sistem.
Platform HondaTouch pula akan dinaik taraf untuk menambah mutu pengalaman kepada pelanggan Honda dengan menjadikannya lebih mudah diakses. Ini merupakan sebahagian usaha Honda untuk memperkasakan pengalaman digital pelanggan Honda dan menggalakkan lebih banyak amalan mampan.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya!
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Artisan Vehicle Design muncul menghidupkan semula DNA Skyline R34 bagi peminat yang merindui sentuhan nostalgia melalui model GT-R R35 yang telah diubahsuai.
Usaha terbaru daripada Artisan tidak hanya memberikan nafas baru kepada GT-R R35 tetapi juga sebagai penghormatan kepada generasi terkemuka yang diminati ramai, Nissan Skyline R34.
Dengan menggunakan kerangka GT-R R35, Artisan secara berhati-hati menyisipkan elemen-elemen yang mengingatkan kita kepada model klasik R34. Dalam bahasa mudah mereka kacukkan bahagian depan Nissan Skyline R34 kepada GTR R35.
Pengenalan panel gentian karbon, unit lampu depan berbentuk segi empat, dan rekaan gril yang lebih lebar memberikan sentuhan visual yang segar pada R35 yang telah diubahsuai.
Artisan memastikan prestasi yang sepadan dengan penampilan baharu kereta ini. Dengan menggunakan enjin V6 turbo 3.8 liter berkembar dan menghasilkan sehingga 800 kuasa kuda untuk versi Track dan 1000 kuasa kuda untuk varian Ultimate.
Kuasa sebegitu memerlukan peningkatan menyeluruh kepada sistem brek, tayar, dan suspensi, memberikan pengalaman pemanduan yang sepadan dengan peningkatan kuasa yang baharu.
Artisan Vehicle Design menghasilkan model ini dengan hanya 36 unit R35 yang telah diubahsuai dan dijadualkan untuk dihasilkan.
Edisi terhad ini bukan sahaja menambah daya tarikan kepada kenderaan tetapi juga menempatkannya sebagai model ini sebagai permata dalam dunia automotif. Pastinya ia bakal menjadi sebuah “collector item” yang sangat bernilai.
Faktor eksklusiviti ini berbeza dengan GT-R50 yang dihasilkan oleh ItalDesign yang dihasilkan secara lebih meluas, mengukuhkan komitmen Artisan untuk mencipta pengalaman automotif yang lebih unik.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki karya seni automotif ini, harga permulaan untuk R35 yang telah diubahsuai oleh Artisan ialah £369,000 (anggaran RM2.2 Juta) . Walaupun harganya agak tinggi, tetapi ia mencerminkan hasil kerja tangan, peningkatan prestasi, dan sifat terhad pada karya ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Hummer H1 X3 yang bersaiz besar ini adalah milik Sheikh Hamad Al Nahyan yang berasal dari Dubai dan percaya atau tidak, kenderaan ini berfungsi sama seperti model Hummer yang lain kecuali ianya lebih besar daripada sebuah rumah pangsapuri dan beratnya hampir mencecah 60,000 kg.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Merujuk kepada sebuah video reviu mengenai kenderaan ini yang dimuat naik oleh Supercar Blondie, saiz Hummer besar ini adalah 21 kaki tinggi, atau enam meter, dan lebih besar kira-kira tiga kali ganda daripada model Hummer biasa.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Jika anda ingin mendapatkan gambaran tentang saiz kenderaan ini, cuma bayangkan setiap tayar kereta ini berukuran kira-kira 7 kaki 2 inci iaitu lebih tinggi daripada seorang pemain bola keranjang NBA. Anggaran harga untuk sebiji tayar juga boleh mencecah RM114,000 untuk sebiji tayar.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Untuk masuk ke dalam kenderaan ini, anda tidak boleh menggunakan pintu, tetapi perlu menggunakan tangga yang terletak di bawah badan Hummer ini. Kenderaan ini mempunyai lebih daripada satu tingkat, dan bahagian dalam mempunyai ruang yang mencukupi untuk memuatkan bilik mandi, sinki, dapur dan ruang istirehat seperti di hotel lima bintang.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Bercakap mengenai spesifikasi enjin, kenderaan ini mempunyai 1,000 kuasa kuda dan memberikannya kelajuan tertinggi sekitar 32 km/j – atau 20 mph. Lebih menarik, Hummer ini mempunyai empat enjin untuk setiap tayar bagi menggerakanya dan mempunyai ruang kabin khas untuk mengawal kenderaan ini.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Sheikh Hamad Bin Hamdan Al Nahyan merupakan anggota keluarga kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dia memiliki banyak koleksi kereta mewah. Beliau menjadi kaya setelah mewarisi kekayaan ayahnya, Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Nahyan, mantan Perdana Menteri Abu Dhabi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan pada bulan Ogos, ramai mengambil inisiatif mengibarkan jalur gemilang pada kereta.
Namun ada segelintir daripada pengguna kereta memasang bendera dengan cara yang salah dan mungkin boleh membahayakan pegguna jalanraya di luar sana.
Hari ini penulis ingin berkongsi secara ringkas cara pemasangan bendera yang betul pada kenderaan anda.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
1.Kedudukan Bendera
Pastikan kedudukan Jalur Gemilang tidak berada dalam keadaan terbalik. Tindakan memasang bendera secara terbalik seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara.
2.Pilih Tempat Yang Selamat
Pasang bendera anda di kawasan yang tidak menghalang pandangan semasa pemanduan. Tidak salah untuk menjadi seorang yang kreatif tetapi aspek keselamatan perlu dititikberatkan.
Acapkali terjadi, banyak jalur gemilang akan jatuh di atas jalan raya mungkin kerana penggunaan gam yang tidak kuat atau terdedah dengan cuaca panas yang agak lama. Periksa keadaan fizikal gam pada jalur gemilang tersebut dan jika mempunyai regangan pada gam, tukar gam yang baharu.
4.Periksa Sebelum Pasang
Terdapat juga sesetengah bendera yang tidak cukup sifatnya seperti kurang bilangan jalur, kurang bilangan bucu Bintang atau warna yang salah.
5.Hormati Bendera
Pastikan anda memeriksa keadaan bendera pada kereta anda. Jika lusuh tukarkan dengan bendera yang baharu. Sekiranya anda memandu di Lebuhraya dengan kelajuan tinggi, buka bendera anda supaya tidak tertanggal semasa pemanduan.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Hormati bendera kita, bersama-sama kita semarakkan lagi bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan kita. Merdeka!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Selamat Tinggal Honda Civic Type R: Edisi Ultimate Tanda Perpisahan Model Ikonik Civic
Selepas hampir tiga dekad mendominasi dunia hot hatch, Honda Civic Type R...