Honda Malaysia hari ini telah melancarkan Honda City Sedan dengan pelbagai penambahbaikan termasuk tambahan varian yang baharu. Didatangkan dengan reka bentuk luaran yang lebih tegap dan ciri-ciri kereta yang ditingkatkan sesuai untuk penggunaan rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Populariti City memang tidak disangkal lagi, sejak diperkenalkan pada tahun 2002, lebih 423,000 Honda City sudah berada di atas jalan raya.”
Menurut Hironobu lagi, Malaysia adalah negara pertama yang menerima varian e:HEV RS. Manakala untuk pasaran Malaysia, Honda City Baharu mempunyai dua pilihan varian RS iaitu e:HEV RS dan Petrol RS. Ini adalah untuk memenuhi permintaan pengguna di Malaysia.
Rekaan unik City RS yang baharu ini termasuk bodykit dan emblem yang dikemaskini, rim Dual-Tone yang baharu serta bumper varian RS yang dipanjangkan berukuran 4,589mm, manakala bagi varian S, E dan V pula berukuran 4,580mm.
Dari segi prestasi, enjin 1.5L e:HEV RS menghasilkan 109ps dan 253Nm tork, manakala, enjin 1.5 DOHC i-VTEC City baharu menghasilkan kuasa sebanyak 121ps dan 145Nm tork. Honda Malaysia juga ada menambah paddle shift sebagai standard untuk semua varian.
Bagi bahagian dalam, kedua varian RS dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Autodengan kesambungan tanpa wayar dan 7 inci meter TFT. Selain itu, Honda turut menambah baik speaker, paparan audio, kamera pandang belakang dan sebagainya.
Seperti biasa, semua model Honda didatangi dengan ciri keselamatan Honda SENSINGseperti;
- Low Speed Follow (LSF) – hanya untuk varian e:HEV RS sahaja.
- Lead Car Departure Notification (LCDN)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
Harga bagi pasaran Malaysia bermula pada RM84,900 bagi varian S dan RM89,900, RM94,900, RM99,900 dan RM111,900 masing-masing bagi varian E, V, Petrol RS dan e:HEV RS.
Pilihan warna yang ditawarkan untuk City baharu ini adalah Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl. Layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut mengenai model Honda Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.