Mulai Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter. Penetapan harga ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan semula subsidi bahan api. 

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Harga baru ini ditentukan berdasarkan purata harga pasaran pada bulan Mei 2024, mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan bahawa harga diesel semasa akan diumumkan setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan. “Namun, kerajaan akan terus memantau keadaan semasa bagi mengelakkan ketidakstabilan harga. 

Petrol & Diesel
Petrol & Diesel

Kerajaan dah bertahun-tahun mengawal harga di stesen-stesen minyak. Ada kaedah yang kita boleh stabilkan harga. Jadi, kalau ada lonjakan harga kita akan cuba stabilkan harga,” katanya pada Sidang Media Penyasaran Subsidi Diesel.

Beliau juga menegaskan bahawa penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan golongan yang benar-benar layak menerima manfaat tersebut, sekaligus menghentikan ketirisan yang merugikan rakyat dan negara. 

IKLAN

Langkah ini dijangka akan mengurangkan kerugian daripada aktiviti ketirisan, membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun. 

Petrol in liquid
Petrol in liquid

“Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak kita,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, tiada tarikh tutup ditetapkan bagi permohonan bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani. Sebanyak 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama bawah inisiatif tersebut pada Isnin. 

IKLAN
Pump nozzles in gas station
Pump nozzles in gas station

“Sekali lagi, saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang layak untuk memohon bantuan tunai ini. Mereka yang memohon pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan Jun dan seterusnya. Mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan permohonan dan seterusnya,” katanya.

Sebelum penyelarasan semula, harga diesel di Malaysia dijual pada empat harga yang berbeza mengikut subsidi: RM1.65 bagi nelayan, RM1.88 bagi pengangkutan awam darat, RM2.15 bagi kenderaan komersial dan persendirian, serta pernah mencecah RM3.60 bagi sektor komersial tanpa subsidi.

Kredit – Sinar Harian

IKLAN

Baca: Minyak RON 95 vs RON 97 – Apa Beza dan Mana Lebih Baik?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI