Sejak diperkenalkan beberapa bulan lalu, model ikonik Ford Mustang 2024 sudah mendapat pelbagai maklum balas yang sangat memberangsangkan. Menurut Ford, generasi Mustang yang ketujuh ini diberi penyelidikan dan pembangunan secara menyeluruh.
Fokus Ford untuk model Mustang kali ini berbeza mengikut varian, bagi Mustang EcoBoost, mereka tekankan yang model tersebut laju, menyeronokkan dan untuk semua orang. Manakala bagi Mustang GT dan Dark Horse, mereka menitikberatkan soal prestasi, reka bentuk dan kebolehubahsuaian.
Dalam pada itu, dari 13,000 ribu lebih unit tempahan, 67 peratus pembeli memilih enjin V8 sama ada dari varian GT atau Dark Horse masing-masing menghasilkan kuasa 486 hp dan 500 hp. Dari data itu, satu per empat darinya mahukan Mustang dengan transmisi manual enam kelajuan.
Menurut penganalisa Guidehouse Insights eMobility, Sam Abuelsamid, ramai memilih Mustang V8 bertransmisi manual kerana mereka menjangkakan itu adalah model kereta muscle terakhir berkuasa petrol.
Jim Owens, pengarah jenama Mustang berkongsi, “Kami cenderung untuk melihat lebih banyak permintaan daripada para peminat untuk model V8 tiap kali Mustang baharu diperkenalkan.”
Antara ciri menarik Ford Mustang 2024 adalah, Remote Rev, Electronic Drift Brake dan Exit Warning. Fungsi Remote Rev dan Electronic Drift Brake tidaklah menyumbang kepada prestasi enjin, ia lebih kepada gimik.
Secara dasarnya, Remote Rev membolehkan kita rev enjin dari jauh menggunakan kunci. Manakala, Electronic Drift Brake pula adalah sistem yang memudahkan pemandu melakukan aksi drift, namun Ford menekankan bahawa ciri tersebut hanya untuk litar dan bukan di jalan raya.
Bagi fungsi Exit Warning, ia lebih kurang dengan ciri titik buta yang ada pada Myvi Advance. Ciri tersebut memberitahu situasi keliling kereta samada terdapat pejalan kaki, pengayuh basikal dan sebagainya, tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada pengguna jalan yang lain.
Harga yang ditawarkan bagi pasaran Amerika Syarikat bermula daripada RM143,675 tanpa insurans untuk varian EcoBoost Fastback, manakala untuk varian GT bermula dari RM197,460 dan varian paling atas Mustang Dark Horse berharga RM277,500 ke atas. Jika masuk Malaysia, pasti lebih mahal harganya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.