Untuk terus bersaing dalam dunia EV yang semakin berkembang, Kawasaki juga turut menghasilkan motosikal dalam mod ini dan telah mendedahkan butiran tentang rangkaian motosikal elektrik mereka yang bakal bersaing dalam kategori 125cc.
Motosikal ini dijangka akan tiba di UK pada Oktober 2023 dan antara model yang dipersembahkan adalah Kawasaki Z e-1 (naked) dan Kawasaki Ninja e-1 (fairing). Motosikal elektrik ini akan diletakkan seiring dengan model berenjin pembakaran Ninja 125 dan Z125 Kawasaki yang sedia ada.
Hampir sama dengan semua model motosikal elektrik, motosikal ini akan berfungsi dengan cara twist and go dengan dua mod pemanduan iaitu ‘Road’ dan ‘Eco’. Selain itu, gear undur juga disediakan untuk membantu anda parkir motosikal di kawasan yang sempit.
Kuasa maksimum boleh diakses dalam tempoh masa yang pendek melalui pilihan ‘e-boost’ yang juga membantu mencapai kelajuan maksimum yang dikatakan sebanyak 100 km/j. Walau bagaimanapun, semasa penggunaan biasa, kuasa motosikal ini mampu menjana kuasa sehingga 6.7 kuasa kuda.
Sebagai motosikal elektrik pertama yang datang dari pengeluar utama Jepun dan Eropah, persaingan sengit untuk motosikal ini mungkin model Maeving RM1S buatan British yang mampu menghasilkan kelajuan maksimum 105km/j daripada kuasa bateri berkembar.
Semasa sidang akhbar, Pengarah Urusan Kawasaki Motors Europe, En. Masaya Tsuruno menekankan mengenai komitmen syarikat untuk membangunkan motosikal elektrik dan hibrid. Dia juga menonjolkan usaha Kawasaki ke arah Neutral Carbon dan dedikasi berterusan mereka untuk menghasilkan model inovatif dengan enjin pembakaran dalaman.
Motosikal itu sendiri akan disiapkan dalam warna metallic silver and matte lime green dengan ciri-ciri menarik termasuk papan pemuka TFT yang boleh disambungkan dengan telefon pintar.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.