Berita

Diskaun Saman PDRM di Pelancaran Bulan Kebangsaan Ahad ini

Share

Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024. 

Acara akan berlangsung di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini. 

Menurut hantaran Jabatan Penerangan di Facebook, pembayaran saman hanya boleh dibuat di tapak program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. 

Contoh surat saman Polis Trafik

Tawaran ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM. 

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil kesempatan ini dengan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan mereka dapat menikmati diskaun yang ditawarkan.

Selain daripada tawaran diskaun saman PDRM, acara ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik. Antara yang paling dinantikan adalah Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI. 

Kedua-dua jualan ini menawarkan pelbagai produk pada harga yang murah dan berpatutan. Antara barangan yang dijual termasuk ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg), dan beras 5 kg. 

Polis Trafik sedang bertugas – SJR

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Majlis pelancaran ini juga adalah permulaan kepada kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya. Sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024. Pelbagai program yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut, mereka boleh melayari laman sesawang rasmi di www.merdeka360.my

Dari Buletin TV3

Baca Pelekat Livery Baharu Motosikal BMW R1250RT Milik PDRM

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan