Baru-baru ini BMW Motorrad telah mendedahkan tiga model baharu dari segmen motosikal kembara kelas pertengahan iaitu BMW F800GS, BMW F900GS dan BMW F900 GS Adventure. Ketiga-tiga model ini akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tahun 2024 kelak.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: bikeexif.com

Dicipta untuk tujuan yang khusus, setiap model ini telah ditala mengikut citarasa yang sesuai dengan peminatnya. F900GS menjadi varian teratas untuk segmen ini yang mana ia dikhaskan untuk pemilik yang gemarkan jalan off-road, manakala F900GS Adventure dan F800GS pula difokuskan untuk perjalanan jarak jauh.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: Ridermagazine.com

Kesemua model telah dipertingkatkan kuasanya, untuk F900GS dan F900GS Adventure ia dikuasakan dengan enjin dua silinder selari yang menghasilkan 105 HP, lebih 10 HP dari model sebelumnya dan 93 Nm pada 6,750 rpm.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: Ridermagazine.com

Masih mengekalkan enjin dua silinder selari, F800GS menghasilkan 87 HP dan 91 Nm, meningkat sedikit berbanding model 2018. Dalam pada itu, mod tunggangan bagi ketiga-tiga model ini datang dengan dua pilihan sebagai standard iaitu Road dan Rain.

Pemilik boleh menambah mod tunggangan lain yang tersedia dalam Ride Mode Pro. Terdapat tiga mod tambahan iaitu Dynamic, Enduro dan Enduro Pro.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: bikeexif.com

Ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan lampu LED penuh, meter TFT 6.5 inci bersama perincian Bluetooth, sistem ABS Pro, sistem tanpa kunci dan kawalan daya tarikan dinamik

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: bikeexif.com

Pada bahagian luaran, ketiga-tiga model diberi wajah baru dengan panel badan yang direka semula bersama corak warna yang baharu. Untuk model F900GS      dan F900GS Adventure, ia didatangi dengan fork USD Showa boleh laras sepenuhnya.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: bikeexif.com

Manakala untuk bahagian belakang, ia dipasangkan monoshock bersama fungsi pelarasan pramuat dan redaman lantunan dengan jarak gantungan 215mm.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: bikeexif.com

Selain itu, perubahan paling ketara pada F900GS ialah pengurangan berat sebanyak 14 kg yang disebabkan oleh penggunaan tangki bahan api plastik dan bahagian belakang yang baharu yang menjadikan berat keseluruhan kepada 219 kg.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: Ridermagazine.com

Bagi memaksimumkan prestasi off-road, F900GS dan F900GS Adventure dilengkapi dengan rim spoked bersaiz 21 inci, dipadankan dengan tayar bersaiz 90/90 di hadapan dan rim spoked 17 inci dengan saiz tayar 150/70 di bahagian belakang.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: Ridermagazine.com

Bagi model F800GS, ia datang dengan standard rim aloi bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang bersama tayar masing-masing berukuran 110/80 dan 150/70.

BMW Motorrad Perkenal Tiga Model Baharu Dari Keluarga GS. Kuasa Dipertingkat, Reka Bentuk Dikemaskini
Kredit Foto: bikeexif.com

Harga bagi trio ini masih tidak didedahkan untuk pasaran Malaysia, namun untuk pasaran Eropah dan Amerika ia bermula dari RM68,245 ($14,595) untuk F900GS manakala untuk F900GS Adventure bermula dari RM80,872 ($17,295) dan F800GS bermula dari RM56,090 ($11,995).

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI