Berita

BMW Auto Bavaria Tawar Pelbagai Promosi Menarik Untuk Pembeli Model Elektrik

Share

Bermula 8-10 September ini, Auto Bavaria memperkenalkan kempen promosi ‘Xperience The Future’ dimana objektif utama adalah untuk mengetengahkan model elektrik dari jenama BMW. 

Selain menyokong usaha global untuk mengurangkan jejak karbon di bumi, Auto Bavaria turut menawarkan pelbagai promosi seperti tanda harga yang menarik, rebat kereta, waranti bagi bateri bervolt tinggi selama lapan tahun atau 160,000km dan juga percuma BMW Wallbox bagi model elektrik yang terpilih. 

Kredit Foto: europe.autonews

Lokasi kempen ini bertempat di The International Gallery at KLGCC Resort di ibu kota, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang. Pengunjung boleh hadiri ke tempat tersebut untuk maklumat lebih terperinci bagi kempen ini.

Selain penawaran yang menarik itu, Auto Bavaria turut menyediakan hadiah penghantaran eksklusif bernilai hampir RM10,000 untuk model yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, peminat boleh layari juga www.bmw-autobavaria.com.

Antara model yang tersedia pada kempen kali ini adalah BMW iX, i7 dan Gran Coupé i4. Pengunjung akan berkesempatan untuk uji pandu kereta, mengetahui ciri-ciri terperinci bagi model yang menarik.

Kredit Foto: europe.autonews

Sekadar info, harga bagi model iX ditawarkan secara rasmi bermula dari RM403,800 dengan jarak perjalanan sejauh 630 km dengan sekali pengecasan. Ia dilengkapi dengan dua motor elektrik pacuan semua roda. 

Disebabkan itu, hamburan kuasa yang terhasil bagi model iX (xDrive50) mampu mencapai sehingga 523 kuasa kuda, di mana ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam 4.6 saat sahaja. Model ini juga bertindak balas dengan pemanduan pengguna secara linear dan lancar menjadikan setiap pemanduan itu selesa serta mengujakan.

Dari segi pengecasan, iX menyokong sistem pengecasan pantas dimana ia boleh dicas selama 10 minit dan menghasilkan 120 km jarak perjalanan. Manakala, jika pemilik menggunakan terminal pengecasan pantas IONITY, ia mampu mengecas penuh dalam masa 40 minit sahaja.  

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan