Ringan, memudahkan cara penunggangan dan ciri-ciri yang berteknologi adalah keutamaan yang ada pada Aprilia RS 457 baharu. Aspek tersebut mampu meningkatkan kualiti pemanduan baik di jalan raya mahupun di trek lumba. Kehebatan RS 457 baharu sebenarnya adalah berasal daripada rangkaian model legenda Aprillia iaitu RS.

Akan Datang 2024, Aprilia RS 457 Bakal Cipta Semula Sejarah
Kredit Foto : Website Aprilia

Mesin berkapasiti kecil ini menawarkan tahap prestasi yang mengagumkan dan pada asalnya hanya eksklusif untuk model yang lebih besar. Aprilia RS 457 untuk tahun 2024 adalah model terbaharu dalam kategori ini dan menjanjikan ciri-ciri serta prestasi yang lebih mengagumkan.

Akan Datang 2024, Aprilia RS 457 Bakal Cipta Semula Sejarah
Kredit Foto : Website Aprilia

Diinspirasikan daripada Aprilia RS 660, RS 457 dikuasakan oleh liquid-cooled parallel-Twin engine dan walaupun kapasiti tepat masih tidak dinyatakan dalam  siaran akhbar Aprilia , tetapi ia dianggap sekitar 457cc dan menghasilkan 47 kuasa kuda.

Michele Colaninno, CEO Kumpulan Piaggio yang merupakan pemilik Aprilia menekankan mengenai pembaharuan jenama Aprilia baru-baru ini. Dia menekankan bahawa  kejayaan model Aprillia 660, termasuk model RS, Tuono, dan Tuareg sekaligus menyatakan keghairahannya tentang RS 457 dan menggambarkannya sebagai motosikal yang dibangunkan sepenuhnya di Noale, Itali. Dia percaya ia akan menarik minat generasi muda saat memasuki pasaran baru di seluruh dunia.

Ads
Akan Datang 2024, Aprilia RS 457 Bakal Cipta Semula Sejarah
Kredit Foto : Website Aprilia

RS 457 dilengkapi dengan ciri-ciri lanjutan seperti throttle-by-wire dan menawarkan tiga mod memandu yang mengubah kuasa, tork dan traction control. Bagi mereka yang mencari peralihan gear yang lebih cepat, quickshifter naik/turun tersedia sebagai tambahan.

Struktur motosikal juga sangat mengagumkan! Dengan rangka aluminium yang menggunakan enjin sebagai stressed chassis member. Swingarm keluli, fork hadapan 41mm dengan 4.7 inches of travel dan monoshock belakang dengan 5.1 inches of travel memastikan perjalanan yang lancar. Sistem brek pula  menggunakan komponen ByBre dan motosikal ini juga dilengkapi dengan ABS mod dwi sebagai piawaian.

Ads
Akan Datang 2024, Aprilia RS 457 Bakal Cipta Semula Sejarah
Kredit Foto : Website Aprilia

Dari segi estetika, RS 457 meminjam elemen reka bentuk dari ‘saudara-saudaranya’ yang lebih besar iaitu Aprillia RSV4 dan RS 660. Menampilkan badan aerodinamik, susunan lampu hadapan LED khas dan ekzos 2-dalam-1 dengan underbelly silencer. Bahagian meter menggunakan paparan TFT bewarna dengan saiz  5 inci dan suis pemegang bar diterangi untuk penglihatan yang lebih baik.

Ads

Aprilia belum mengumumkan pilihan warna, harga atau jumlah stok motosikal ini di Amerika Syarikat. Buat peminat Aprillia yang inginkan motosikal ini, boleh layari laman sesawang aprillia untuk maklumat yang lebih terperinci.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI