Automotif

Yamaha Y15ZR SE 2026 Terima Warna Baharu Royal Maroon

Share

Yamaha Y15ZR SE 2026 Kini Tampil Dengan Warna Royal Maroon, Harga RM9,498

Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan warna baharu untuk Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) 2026 menerusi pilihan Royal Maroon.

Berbanding warna yang terlalu terang atau agresif, Royal Maroon memberi imej lebih sofistikated kepada Y15ZR SE, namun masih mengekalkan identiti sporty yang sudah sinonim dengan model moped popular Yamaha ini.

Yamaha Y15ZR SE 2026 Dilengkapi Sports Visor Dan Basket Premium

Bagi menguatkan lagi karakter Special Edition, Yamaha Y15ZR SE turut dilengkapi dengan Sports Visor eksklusif yang memberikan rupa hadapan lebih tajam dan sporty.

Selain itu, model ini juga hadir bersama Yamaha Premium Basket yang dilengkapi port pengecasan USB Type-C terbina dalam. Ciri ini memberi nilai tambah dari segi praktikaliti, khususnya untuk penunggang harian yang sering bergerak dan memerlukan kemudahan mengecas peranti ketika dalam perjalanan.

Yamaha Y15ZR SE 2026 Kekal e
njin 150cc

Dari segi prestasi, Yamaha Y15ZR SE masih menggunakan enjin satu silinder bersesaran 150cc, SOHC dengan penyejukan cecair.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 11.3 kW pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm, menjadikannya antara moped yang cukup dikenali dalam segmen kapcai berprestasi di Malaysia.

Harga Dan Ketersediaan

Yamaha Y15ZR SE 2026 dalam pilihan warna Royal Maroon akan mula ditawarkan di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 1 Julai 2026.

Model ini dijual pada harga cadangan runcit RM9,498

, tidak termasuk fi pendaftaran dan perlindungan insurans.

Setiap pembelian Yamaha Y15ZR SE turut didatangkan dengan Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100 secara percuma, sebagai nilai tambah kepada pemilik baharu.

Baca Juga : Yamaha Y15ZR 2026 Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi