Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi telah melancarkan generasi baharu Yamaha MT-09 di Malaysia. Model motosikal naked yang ikonik ini tampil dengan reka bentuk lebih moden dan ranggi.
Harga
Dilengkapi dengan beberapa ciri baharu yang pastinya menarik perhatian peminat motosikal. Dengan harga bermula dari RM57,998. Yamaha MT-09 ini menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih dinamik dan selesa.
Walaupun model global Yamaha MT-09 hadir dengan ciri sistem penukaran gear separa automatik Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT).
Versi yang dilancarkan di Malaysia adalah versi standard. Namun begitu, model ini tetap menampilkan peningkatan signifikan dari segi reka bentuk dan teknologi.
Visual
Dari segi visual, MT-09 generasi baharu ini menonjol dengan pencahayaan lampu hadapan yang dipadankan dengan lampu LED serta projektor di bahagian tengah.
Memberikan pencahayaan yang lebih terang dan jelas. Rekaan tangki bahan api juga telah diberikan sentuhan baharu yang lebih dinamik. Memberikan lebih keselesaan kepada penunggang.
Ads
Tempat duduk jenis dua bahagian pula memastikan keselesaan bukan sahaja untuk penunggang, tetapi juga untuk pembonceng.
Spesifikasi
Salah satu ciri menarik pada MT-09 ini adalah subframe baharu serta peningkatan pada kadar spring belakang. Ia menjanjikan tunggangan yang lebih stabil dan selesa. Tambahan lagi, tangki bahan api berkapasiti 14 liter kini dilengkapi dengan gril acoustic amplifier. Menambah pengalaman akustik ketika menunggang, di mana deruman enjin lebih jelas didengar oleh penunggang.
Skrin Maklumat
Untuk kemudahan penunggang, Yamaha MT-09 dilengkapi dengan paparan TFT berwarna penuh bersaiz lima inci, yang boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi Y-Connect dan Garmin Streetcross.
Sistem ini membolehkan penunggang mengakses pelbagai maklumat penting serta navigasi. Di bahagian handlebar.
Ads
Terdapat suis kawalan intuitif yang menampilkan ciri cruise control, selain daripada sistem brek menggunakan radial master cylinder daripada Brembo yang terkenal dengan prestasi cemerlang.
Mod Tunggangan
Penunggang juga boleh mempersonalisasi mod tunggangan melalui sistem Yamaha Ride Control (YRC) yang diakses melalui aplikasi di telefon pintar. Selain itu, terdapat port pengecasan Type-C di bawah tempat duduk untuk memudahkan pengecasan peranti semasa perjalanan.
Untuk keselesaan maksimum, posisi handlebar dan footpegs boleh dilaraskan mengikut kesesuaian ergonomik penunggang. Ini memastikan pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan menyeronokkan, terutama bagi perjalanan jarak jauh.
Hantaran Kuasa
Dari segi trenkuasa, Yamaha MT-09 baharu ini masih mengekalkan enjin CP3 tiga silinder 890cc dengan penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 119hp dan tork 93Nm. Meskipun versi ini tidak dilengkapi dengan Y-AMT, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan serta quickshifter generasi ketiga Yamaha untuk penukaran gear yang lebih lancar.
Ads
MT-09 generasi baharu ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, iaitu warna Cyan dan warna hitam matte, memberikan pilihan yang sesuai dengan gaya dan personaliti penunggang.
Dengan semua ciri menarik ini, Yamaha MT-09 generasi baharu bukan sahaja menawarkan prestasi hebat tetapi juga pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan menyeronokkan. Bagi mereka yang mencari motosikal naked yang moden, dinamik, dan berkuasa, MT-09 adalah pilihan yang tepat.
Tahukah anda terdapat sebuah lebuhraya yang dianggap paling panjang di dunia, dikenali sebagai Pan-American Highway?
Lebuhraya ini merentasi dua benua, bermula dari Prudhoe Bay di Alaska hingga ke bandar paling selatan di dunia, Ushuaia di Argentina.
Dengan jarak lebih daripada 19,000 batu atau 30,000 kilometer, perjalanan ini menawarkan pemandangan luar biasa dari kawasan tundra di utara sehingga ke pergunungan dan hutan tropika di selatan.
Kredit Foto : Website roadstotravel
Perjalanan Tanpa Henti Selama Dua Minggu
Jika anda memandu sepanjang laluan ini dengan kelajuan tetap 60 mph (96 km/j), perjalanan ini secara teori mengambil masa kira-kira 316 jam.
Jarak perjalanan ini bersamaan dengan lebih kurang dua minggu perjalanan tanpa henti. Namun begitu, dalam realiti, perjalanan ini bukan semudah yang disangka.
Cabaran Utama: Darien Gap
Halangan terbesar dalam perjalanan ini ialah Darien Gap, kawasan yang terkenal dengan keunikannya tetapi juga kesukarannya.
Terletak di antara Panama dan Colombia, Darien Gap merupakan satu-satunya bahagian di Pan-American Highway yang tidak mempunyai jalan berturap.
Kawasan ini hanya dipenuhi dengan hutan tebal, laluan berlumpur, dan tanah yang hampir mustahil dilalui.
Setakat ini, hanya motosikal dan basikal yang pernah berjaya merentas Darien Gap.
Malah, jika anda mahu memandu tanpa lencongan, anda perlu menempuh 66 batu tambahan (106 km) menggunakan basikal di kawasan yang mencabar ini.
Halangan Lain Sepanjang Laluan
Selain itu, perjalanan ini akan melibatkan pelbagai cabaran lain.
Gunung-ganang yang curam, bandar-bandar besar dengan papan tanda berhenti, had laju yang berubah-ubah, dan keperluan untuk berhenti makan serta berehat akan memanjangkan masa perjalanan.
Dalam keadaan sebenar, adalah mustahil untuk mengekalkan kelajuan tetap sepanjang perjalanan ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Toyota bakal melancarkan Urban Cruiser EV 2025, sebuah SUV elektrik yang dibangunkan berdasarkan Suzuki eVitara. Model ini merupakan hasil kerjasama erat antara Toyota dan Suzuki, seperti yang dipersetujui dalam perjanjian pada Oktober 2024. Urban Cruiser EV dijangka membuat debut globalnya di Brussels Motor Show 2025 bulan hadapan.
Rekaan Muka Baharu yang Lebih Tersendiri
Walaupun menggunakan platform eVitara, Toyota telah memberikan identiti tersendiri kepada Urban Cruiser EV. SUV ini hadir dengan muka signatur “hammerhead shark” yang lebih moden, menyerupai rekaan pada Toyota Camry dan Prius generasi terkini.
Bahagian belakang pula kelihatan mirip dengan eVitara, tetapi grafik lampu LED telah direka semula untuk menonjolkan perbezaan.
Wajah hadapan Urban Cruiser
Dari sisi, Urban Cruiser EV hampir sama dengan kembarnya, termasuk pelindung badan, bampar belakang, dan reka bentuk rim. Dimensinya pula mencatatkan panjang 4,285 mm, lebar 1,800 mm, tinggi 1,640 mm, dan jarak roda 2,700 mm.
Ini menjadikan ia lebih kecil daripada Toyota Corolla Cross, tetapi lebih besar berbanding Toyota Raize atau Perodua Ativa.
Pilihan Bateri dan Prestasi
Urban Cruiser EV ditawarkan dengan dua pilihan bateri:
49 kWj – Menghasilkan 144 PS dan tork maksimum 189 Nm dengan pacuan roda hadapan.
61 kWj – Memberikan lebih kuasa dengan 174 PS/189 Nm untuk pacuan hadapan, serta pilihan pacuan semua roda. Sistem pacuan semua roda ini dilengkapi motor tambahan pada gandar belakang yang menghasilkan 65 PS, memberikan jumlah kuasa keseluruhan 184 PS/300 Nm.
Kabin yang Luas dan Canggih
Dalaman Urban Cruiser EV menampilkan rekaan papan pemuka rendah dengan kedudukan tempat duduk lebih tinggi untuk pandangan yang jelas. Ia dilengkapi dengan paparan digital 10.25-inci yang kelihatan bersambung dengan skrin infotainment bersaiz 10.1inci.
Ruang kabin SUV EV terbaharu ini
Perincian lain termasuk:
Lampu ambien kabin 12 warna
Kamera 360-darjah
Sistem bunyi JBL (untuk varian tertentu)
Bumbung suria
Tempat duduk pemandu larasan kuasa.
Tempat duduk belakang menawarkan fleksibiliti dengan nisbah lipatan 40:20:40 serta boleh dilebarkan untuk menambah ruang but. Toyota turut mendakwa SUV ini mempunyai ruang kabin yang setara dengan SUV segmen-D, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga.
tempat duduk belakang
Sistem Keselamatan dan Bantuan Pemanduan
Urban Cruiser EV dilengkapi teknologi keselamatan terkini, termasuk:
Sistem pra-pelanggaran
Kawalan jelajah adaptif
Amaran keluar lorong
Bantuan kekal lorong
Debut di Brussels Motor Show
Maklumat tambahan seperti jarak perjalanan dan spesifikasi pengecasan dijangka diumumkan semasa pelancaran rasminya di Belgium bulan depan. Toyota Urban Cruiser EV bukan sahaja menampilkan rekaan moden dan teknologi terkini, tetapi juga melengkapkan pilihan SUV elektrik dalam segmennya. Bagi peminat EV, ini adalah satu model yang pasti menarik perhatian!
Lotus Cars Malaysia kini bangga memperkenalkan Hyper-GT elektrik pertama mereka di Malaysia, iaitu Lotus Emeya. Tempahan kini dibuka, membolehkan peminat kereta mewah menantikan pengalaman pemanduan luar biasa dengan harga bermula dari RM575,000.
Varian dan Harga
Lotus Emeya ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu Emeya, Emeya S, dan Emeya R. Walaupun pelancarannya belum rasmi, bakal pelanggan berpeluang untuk menyaksikan pratonton eksklusif Emeya di Pavilion Kuala Lumpur dari 30 Julai hingga 4 Ogos. Sesi tontonan peribadi diadakan setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk menyertai, daftar di: [events.lotuscarsmalaysia.com/form](https://events.lotuscarsmalaysia.com/form).
Warisan dan Inovasi
Emeya merangkumi warisan 75 tahun Lotus dalam sukan permotoran, inovasi, dan keupayaan pemanduan yang asli. Kereta ini direka untuk mentakrifkan semula personaliti Lotus yang bersemangat, menetapkan piawaian baharu dalam segmen GT untuk kecemerlangan tunggangan dan pengendalian. Emeya menampilkan transmisi dua kelajuan termaju dan konfigurasi dwi-motor berkuasa tinggi, disertai dengan sistem brek gred perlumbaan yang memberikan prestasi mendebarkan yang benar-benar ‘For The Drivers’.
Kuasa dan Prestasi
Dengan kuasa output maksimum sehingga 905 hp dan 985 Nm tork, Emeya menawarkan nisbah kuasa-ke-berat yang mengagumkan. Varian teratas Emeya mampu mencapai kelajuan tertinggi lebih daripada 250 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 2.78 saat, menjadikannya salah satu GT elektrik terpantas di dunia.
Rekaan dan Aerodinamik
Emeya direka dengan pelbagai ciri aerodinamik aktif yang inovatif, termasuk gril hadapan aktif, diffuser belakang berinspirasikan sukan permotoran, dan spoiler belakang aktif dwi-lapisan.
Ciri-ciri ini membantu mengurangkan daya seretan, meningkatkan kecekapan, serta memberikan kestabilan dan pengendalian yang luar biasa. Gabungan reka bentuk yang anggun dan pusat graviti yang rendah memberikan Emeya apa yang ditakrifkan sebagai ‘hyperstance’ untuk kestabilan keseluruhan yang cemerlang.
Pengecasan dan Julat Pemanduan
Emeya dilengkapi dengan keupayaan pengecasan pantas DC 350kW, yang membolehkan peningkatan julat dari 10% kepada 80% dalam hanya 18 minit. Julat pemanduan WLTP maksimum adalah antara 490 km dan 600 km, bergantung kepada varian.
Teknologi Pintar
Emeya juga dilengkapi dengan teknologi pintar dan canggih untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan terjamin. Ini termasuk sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) seperti amaran halangan, amaran perlanggaran ke hadapan, dan pemantauan titik buta. Paparan kepala (HUD) augmented reality (AR) 55-inci memberikan pemandu akses cepat kepada maklumat penting.
Tempahan dan Maklumat Lanjut
Yuran tempahan untuk Emeya ialah RM5,000. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan, sila hubungi Lotus Cars Malaysia di talian 016-611 2388. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi: [www.lotuscars.com](http://www.lotuscars.com).
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki Hyper-GT elektrik yang menakjubkan ini!
Lebih Dari Sekadar “Copycat”
Dalam dunia automotif, khususnya motosikal, kita sering melihat model buatan China yang meniru reka bentuk jenama terkenal.
Namun, QJMotor SRK921 “Super9” bukan...