Teknologi Baharu Daripada Yamaha

Dunia automotif semakin menuju ke arah elektrifikasi, dan kini Yamaha nampaknya bersedia untuk menyertai kategori motosikal hibrid dengan teknologi inovatif mereka.

Sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Yamaha Global baru-baru ini mendedahkan sebuah motosikal hibrid petrol-elektrik yang sedang menjalani ujian fasa lanjut.

Yamaha Dedah Motosikal Hibrid Baharu

Trend Motosikal Hibrid Makin Berkembang

Industri automotif menyaksikan peralihan besar ke arah teknologi hijau, dan ini bukan hanya terhad kepada kereta.

Pada tahun 2023, Kawasaki mencipta kejutan dengan memperkenalkan dua model motosikal yang menggunakan teknologi hibrid.

Kini, Yamaha nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam membawa inovasi yang sama ke pasaran.

Walaupun kereta hibrid sudah lama menjadi sebahagian daripada landskap automotif global, motosikal dengan sistem pacuan petrol-elektrik masih jarang ditemui.

Namun, perkembangan terbaru daripada Yamaha ini menunjukkan bahawa situasi itu mungkin bakal berubah dalam masa terdekat.

Ads

Yamaha Dedah Motosikal Hibrid Baharu

Bagaimana Sistem Hibrid Yamaha Berfungsi?

Menurut video yang diterbitkan, motosikal hibrid Yamaha ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman tradisional dengan dua motor elektrik.

Satu motor dipasang terus pada aci engkol (crankshaft) dan satu lagi disambungkan ke gandar belakang.

Secara asasnya, sistem ini membolehkan motosikal beroperasi dalam tiga mod pemanduan utama:

  1. Mod EV Penuh (Full EV) – Motosikal bergerak menggunakan sepenuhnya kuasa dari motor elektrik gandar belakang tanpa menghidupkan enjin pembakaran dalaman.
  2. Mod Hibrid Bersiri / Pacuan Enjin (Series Hybrid / Engine Driving) – Enjin pembakaran dalaman mula beroperasi untuk memberikan tenaga kepada roda belakang melalui pemacu tali sawat (belt drive) sambil mengecas semula bateri menggunakan motor-generator pada aci engkol.
  3. Mod Boost (Pecutan Tambahan) – Ini adalah ciri unik yang membolehkan penunggang mendapat tambahan kuasa ketika memotong kenderaan lain atau memecut.

Yamaha Dedah Motosikal Hibrid Baharu

Kuasa ‘Boost’ Tambahan untuk Pecutan Maksimum

Salah satu keistimewaan utama motosikal hibrid Yamaha ini adalah keupayaan ‘boost’ yang boleh diaktifkan dalam dua mod berbeza:

Ads
  • Mod Dual Boost – Gabungan kuasa daripada motor elektrik gandar belakang dan enjin pembakaran dalaman untuk mempercepatkan motosikal.
  • Mod Triple Boost – Selain menggunakan enjin dan motor elektrik gandar belakang, motor-generator yang dipasang pada aci engkol turut menyumbangkan daya tork tambahan, menjadikan pacuan lebih bertenaga dan responsif.

Teknologi motosikal hibrid Yamaha ini bakal menjanjikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Disamping itu juga pecutan juga akan lebih lancar dan bertenaga.

Ini adalah sesuatu yang pasti menarik perhatian peminat motosikal berprestasi tinggi.

Yamaha Dedah Motosikal Hibrid Baharu

Bila Akan Dilancarkan?

Walaupun video ujian ini menunjukkan model motosikal yang berfungsi dengan baik, Yamaha menegaskan bahawa teknologi ini masih dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ads

Ini bermakna jika model hibrid Yamaha benar-benar memasuki pasaran, reka bentuknya mungkin akan mengalami perubahan ketara berbanding dengan prototaip yang dipertontonkan dalam video tersebut.

Namun, satu perkara yang pasti adalah masa depan motosikal hibrid semakin menghampiri.

Adakah Yamaha sudah bersedia untuk menjadi antara peneraju dalam teknologi ini?

Adakah kita bakal menyaksikan era baharu motosikal yang lebih mesra alam dengan prestasi mengagumkan?

Sama-sama kita nantikan!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : Setiap Segmen Prestasi Jenama Kereta Terkenal

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI