Automotif

YADEA GT20 Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM4,998

Share

YADEA GT20 Skuter Elektrik Urban Bergaya Kini 

Jenama motosikal elektrik terkemuka, YADEA, mengukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran Malaysia dengan pelancaran rasmi model GT20.

Model ini adalah sebuah skuter EV berkonsepkan urban dan minimalis.

Dilancarkan menerusi pengedar rasmi, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., YADEA GT20 ditawarkan pada harga asas RM4,998 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Secara tidak langsung model ini menjadikannya antara pilihan paling mampu milik dalam segmen skuter elektrik berprestasi tinggi.

Rekaan Kompak, Pilihan Warna Menarik

GT20 tampil dengan gaya moden yang ringkas dan praktikal, sesuai untuk penunggang di kawasan bandar.

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik — Metal Grey

, Dark/Orange, dan Green/Gold.

Dari segi dimensi, GT20 berukuran 1,857mm panjang, 690mm lebar dan 1,120mm tinggi, dengan ketinggian tempat duduk hanya 768mm.

Ruang simpanan bawah tempat duduk sebesar 28 liter turut menambah nilai praktikaliti harian.

Prestasi Motor Cukup Bertenaga

Meskipun bersaiz kompak, GT20 hadir dengan kuasa motor wheel hub berkapasiti nominal 2,000W dan puncak sehingga 3,200W, membolehkan tork maksimum 160Nm.

Ia cukup untuk menampung perjalanan harian termasuk laluan berbukit dengan kecondongan sehingga 15 darjah.

Sistem brek cakera pada kedua-dua roda turut digabungkan dengan teknologi CBS (Combined Braking System).

Bateri Graphene & Jarak Operasi Efisien

Skuter ini menggunakan bateri graphene 72V38Ah, yang mampu memberikan jarak sekitar 105 kilometer bagi satu cas penuh.

Masa pengecasan dianggarkan antara 6 hingga 8 jam menggunakan pengecas 72V6A.

Baca Juga : Mforce Umum Penganjuran “Mforce Motoshow 2026”

Jangka hayat bateri pula mencapai 500 kitaran cas

, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dalam jangka panjang.

Lebih menarik, YADEA turut melengkapkan GT20 dengan sistem penjanaan semula tenaga ketika membrek atau menuruni cerun.

Sistem ini dapat membantu mengekalkan tahap kuasa dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.

Ciri Moden & Mesra Pengguna

Dari aspek teknologi, YADEA GT20 dilengkapi paparan digital moden

dengan paparan meter mesra pengguna, dua mod tunggangan serta sistem pemantauan kerosakan pintar (smart monitor faultless).

Lampu LED hadapan dan belakang menghasilkan pencahayaan cerah 4,000CD untuk low beam dan 22,000CD untuk high beam penting untuk keselamatan pada waktu malam.

Model ini juga dilengkapi dengan beberapa ciri praktikal seperti port USB Type-A, cangkuk tersembunyi, ruang simpanan hadapan dan ciri keselamatan seperti side stand cut-off, serta ‘Secure Ride’ yang merangkumi tempat duduk ergonomik dan penyandar pembonceng.

Komitmen YADEA terhadap Pasaran Malaysia

Pelancaran GT20 menjadi langkah penting YADEA dalam memperkukuh kedudukan jenamanya di Malaysia, khususnya dalam segmen EV dua roda yang semakin berkembang.

Dengan reputasi global di lebih 100 negara dan rekod sebagai pengeluar skuter elektrik terbesar di dunia, YADEA terus berinovasi dengan fokus terhadap teknologi hijau dan gaya hidup bandar.

Setiap pembelian YADEA GT20 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km.

Selain itu pengeluar memberikan akses kepada pembelian alat ganti tulen melalui platform dalam talian yang dikendalikan oleh Mforce Bike Holdings.

Baca juga : Mengapa Masih Terdapat Pengeluar Menggunakan Rim Jejari Pada Motosikal?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi