Ads

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

WMOTO NX150S Perkukuh Segmen Skuter Mampu Milik di Malaysia

WMOTO terus memperluaskan penawarannya dalam segmen skuter menerusi pelancaran WMOTO NX150S, sebuah model 150 cc yang hadir dengan pelbagai ciri moden sesuai untuk kegunaan harian.

Skuter ini diperkenalkan bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 yang berlangsung di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Harga dan Pilihan Warna

WMOTO NX150S ditawarkan pada harga RM6,688, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Grind Green, Glacier Grey dan Lava Brown bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Enjin 150 cc Berprestasi Seimbang

Dari sudut prestasi, WMOTO NX150S dikuasakan oleh enjin satu silinder, empat lejang berkapasiti 149.6 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.6 kW pada 8,500 rpm serta tork maksimum 14.7 Nm pada 6,500 rpm.

Ia turut menampilkan nisbah mampatan 11.5:1 dengan ukuran bore x stroke 57.3 mm x 58 mm, yang dibangunkan untuk memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Transmisi CVT 

Kuasa daripada enjin disalurkan melalui transmisi automatik CVT bersama sistem pacuan  tali sawat, sekali gus memberikan pengalaman tunggangan yang lebih lancar dan mudah dikendalikan, terutamanya dalam keadaan trafik bandar.

Enjin ini turut menggunakan sistem penyejukan cecair, sistem pencucuhan ECU serta penghidup elektrik, manakala operasi pendikit adalah jenis mekanikal.

Tangki Bahan Api Besar

Salah satu kelebihan utama skuter ini ialah kapasiti tangki bahan api yang besar iaitu 15 liter, sekali gus membolehkan jarak tunggangan yang lebih jauh sebelum perlu mengisi semula bahan api.

Sistem pelinciran pula menggunakan gabungan tekanan dan percikan minyak bagi memastikan operasi enjin yang lebih efisien.

Ads

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Dari segi pengendalian, WMOTO NX150S menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang.

Kombinasi ini direka untuk memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang di kawasan bandar atau permukaan jalan yang tidak rata.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Sistem Brek Dengan ABS

Bagi meningkatkan tahap keselamatan, skuter ini dilengkapi brek cakera tunggal di hadapan dan belakang yang dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Sistem ini membantu mengelakkan roda terkunci ketika membrek secara mengejut, sekali gus memberikan kawalan yang lebih baik kepada penunggang.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Ads

WMOTO NX150S menggunakan tayar bersaiz 130/70-13 di bahagian hadapan dan belakang yang dipasang pada rim aluminium untuk memastikan kestabilan dan cengkaman yang baik.

Dari segi dimensi, skuter ini berukuran 1,954 mm panjang, 780 mm lebar dan 1,162 mm tinggi dengan jarak roda 1,363 mm.

Ia turut mempunyai ketinggian tempat duduk 758 mm dan kelegaan tanah 90 mm, manakala berat bersih 132 kg menjadikannya mudah dikendalikan untuk kegunaan harian

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Ciri Teknologi dan Kemudahan

WMOTO NX150S turut dilengkapi pelbagai ciri moden seperti paparan meter LCD, sistem kunci pintar serta port pengecasan USB jenis Type-A dan Type-C.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Skuter ini juga hadir dengan Traction Control System (TCS) yang boleh dinyahaktifkan, suis keselamatan tongkat sisi serta tuil brek boleh laras bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan pengguna.

Ads

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Lampu LED dan Ruang Simpanan Praktikal

Sistem pencahayaan menggunakan lampu LED sepenuhnya yang merangkumi lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

NX150S turut dilengkapi cangkuk tersembunyi, ruang simpanan hadapan serta ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 19 liter.

Skuter ini juga didatangkan dengan pelindung angin bagi meningkatkan keselesaan tunggangan serta bateri 12V7Ah untuk menyokong sistem elektronik.

WMOTO NX150S Dilancar di Malaysia, Harga RM6688

Jaminan dan Sokongan Selepas Jualan

WMOTO NX150S menawarkan pilihan skuter yang lengkap untuk mobiliti harian di Malaysia.

Setiap pembelian turut disertakan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu), selain sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Baca Juga : Mforce Lancar Mforce Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

JETOUR T2 Dilancar di Malaysia Harga Bermula RM156,800

JETOUR Malaysia memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan dengan pelancaran JETOUR T2, sebuah SUV yang direka untuk kegunaan harian tetapi masih menawarkan keupayaan merentas pelbagai...