Automotif

Volvo EX30 Kini di Malaysia, Teknologi dan Keselamatan Maksimum untuk Setiap Pemanduan

Share
Volvo memperkenalkan model kereta elektrik terbarunya, Volvo EX30, yang kini boleh didapati di Malaysia.
EX30 tampil dengan teknologi canggih dan tahap keselamatan yang tinggi, selaras dengan visi Volvo untuk mobiliti peribadi yang lestari dan selamat.

Ia juga dilengkapi surrounding awareness 360° yang dikuasakan oleh kamera, sensor, dan radar, memberikan keyakinan dalam setiap perjalanan.

Tiga Varian Elektrik untuk Pasaran Malaysia

Volvo EX30 hadir dalam tiga varian berbeza untuk pasaran Malaysia.

Varian Plus dijual pada harga RM188,888, dengan kuasa sebanyak 272 PS dan tork 343 Nm.

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.3 saat, dan menawarkan jarak pemanduan sejauh 476 kilometer.

Varian Ultra pula berharga RM208,888, dengan kuasa dan tork yang sama seperti varian Plus, iaitu 272 PS dan 343 Nm, serta pecutan 0 hingga 100 km/j dalam 5.3 saat.

Jarak pemanduan yang ditawarkan juga sama, iaitu 476 kilometer.

Bagi varian tertinggi, Ultra Twin Performance, harga yang ditawarkan ialah RM228,888.

Ia mempunyai kuasa yang lebih tinggi, iaitu 428 PS dan tork sebanyak 543 Nm.

Varian ini mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 3.6 saat, dengan jarak pemanduan sehingga 450 kilometer.

Baca Juga : Volvo XC90 & XC90 Recharge Plug-in Hybrid Diangkat Pemenang Anugerah IIHS TOP SAFTEY PICK+ 2023

Ciri-ciri Terkini yang Memukau

Volvo EX30 dilengkapi dengan bateri NMC 69 kWh, memberikan jarak pemanduan sehingga 476 km untuk varian motor tunggal dan 450 km bagi Ultra Twin Performance.

Bateri ini menyokong pengecasan pantas DC 175 kW yang mampu mengisi semula dari 10 hingga 80 peratus dalam hanya 28 minit.

Beberapa ciri standard yang ditawarkan termasuk lampu depan LED, roda aloi Diamond Cut 19-inci, sistem audio premium Harman Kardon, tailgate kuasa, serta sistem bantuan pemandu canggih seperti Pilot Assist.

Varian Ultra pula menawarkan ciri tambahan seperti Park Pilot Assist, kamera 360°, tempat duduk hadapan kuasa, dan bumbung panoramik.

Pilihan Warna Eksklusif dan Reka Bentuk Elegan

Volvo EX30 hadir dalam lima pilihan warna, termasuk Moss Yellow, warna unik yang diilhamkan oleh lumut di pantai barat Sweden, eksklusif untuk varian Ultra.

Warna lain yang tersedia ialah Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black.

Keselamatan Pintar untuk Setiap Penumpang

Volvo EX30 dilengkapi teknologi Safe Space yang memberi tumpuan kepada keselamatan pemandu dan penumpang.

Antara ciri keselamatan baharu ialah Amaran Pembukaan Pintu yang membantu mengesan penunggang basikal atau kenderaan lain dari belakang.

Turut disertakan adalah sistem Pembrekan Automatik untuk trafik lintasan hadapan dan penunggang motorsikal.

Park Pilot Assist baharu Volvo EX30 juga memberi keupayaan untuk mengendalikan pelbagai jenis parkir secara automatik, termasuk parkir selari, melengkung, dan serong.

Kemewahan dan Fungsionaliti Dalaman yang Diilhamkan oleh Alam Semula Jadi

Kabin Volvo EX30 direka dengan konsep minimalis Scandinavia, menggabungkan elemen yang diinspirasikan oleh alam semula jadi di Sweden.

Pengguna boleh memilih lima tema cahaya ambien dalaman yang berbeza, sesuai untuk pelbagai suasana.

Bar bunyi Harman Kardon Premium Sound yang disepadukan di papan pemuka meningkatkan kualiti audio sambil mengurangkan penggunaan ruang.

EX30 juga menawarkan penyelesaian storan pintar, seperti slot pengecasan telefon tanpa wayar dan ruang storan pusat yang fleksibel.

Ruang bagasi belakang yang luas mampu memuatkan pelbagai barang termasuk beg golf, perabot flat-pack, atau kereta sorong bayi, menjadikannya sesuai untuk gaya hidup bandar yang sibuk.

Elektrik dengan Jejak Karbon Rendah

Sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian Volvo, EX30 direka dengan penggunaan bahan kitar semula yang tinggi.

Ianya termasuk upholsteri daripada poliester kitar semula dan plastik yang terdiri daripada 30 peratus bahan kitar semula.

Dengan jejak karbon kurang daripada 30 tan sepanjang 200,000 km pemanduan, EX30 adalah salah satu kereta Volvo paling lestari dalam sejarahnya.

Tempahan Dibuka Sekarang!

Pelanggan di Malaysia boleh menempah Volvo EX30 secara dalam talian melalui laman rasmi Volvo atau melawat bilik pameran terdekat.

Volvo Car Malaysia juga menawarkan pelbagai terma pembiayaan menarik, termasuk pembiayaan kadar tetap serendah RM1,588 sebulan.

Jangan lepaskan peluang untuk memandu uji Volvo EX30 di pameran pelancaran pada 26 hingga 29 September di KL Base, Sungai Besi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Volvo di www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di media sosial.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi