Ads

Volvo ES90 Malaysia Dilancar, Harga Bermula RM339k

Volvo ES90 Malaysia Dilancarkan Sebagai Sedan Elektrik Flagship

Volvo Car Malaysia secara rasmi melancarkan Volvo ES90 Malaysia, sedan elektrik pertama jenama itu dan juga model flagship baharu bagi era elektrifikasi.

Pelancaran ini menandakan satu langkah penting Volvo dalam memperkukuhkan penawaran kenderaan elektrik premium di pasaran tempatan.

Dipasan secara tempatan di Shah Alam, Volvo ES90 Malaysia ditawarkan pada harga bermula RM339,888, dengan insentif early bird sebanyak dua peratus untuk 100 tempahan terawal sehingga 31 Mac 2026.

Tawaran ini menjadikan ES90 antara sedan elektrik premium paling kompetitif dalam segmennya di Malaysia.

Volvo ES90 Malaysia Dilancar, Harga Bermula RM339k

Konsep SELAMAT Cerminan DNA Keselamatan Volvo

Bersempena pelancaran ES90, Volvo memperkenalkan kempen “SELAMAT” yang membawa maksud lebih mendalam berbanding sekadar ucapan harian.

Dalam konteks ini, “Selamat” merujuk kepada nilai keselamatan yang telah menjadi teras jenama Volvo sejak lebih 60 tahun kehadirannya di Malaysia.

Kempen ini bertujuan mengingatkan bahawa keselamatan bukan sekadar satu ciri kenderaan, sebaliknya satu budaya dan tanggungjawab bersama.

Ia dilihat relevan ketika landskap automotif tempatan kini dibanjiri dengan pelbagai jenama EV baharu yang bersaing dari segi teknologi dan harga.

Volvo ES90 Malaysia Dilancar, Harga Bermula RM339k

Reka Bentuk Fastback Elegan Dengan Praktikaliti Tinggi

Dari segi penampilan, Volvo ES90 Malaysia menampilkan siluet fastback yang elegan, digabungkan dengan ruang dalaman luas ala SUV.

Ads

Ketinggian tunggangan yang sedikit lebih tinggi memberikan posisi pemanduan lebih yakin, sesuai untuk penggunaan harian dan perjalanan jauh.

Rekaan aerodinamik dengan pekali seretan hanya 0.25 membantu meningkatkan kecekapan tenaga dan jarak pemanduan.

Di bahagian hadapan, lampu LED Thor’s Hammer mengekalkan identiti Volvo, manakala di belakang pula hadir lampu LED berbentuk C dengan pencahayaan tambahan pada cermin belakang untuk kesan visual welcome dan farewell.

Ruang Simpanan Praktikal Untuk Kegunaan Harian

Aspek praktikaliti turut diberi perhatian menerusi ruang but berkapasiti 424 liter, yang boleh dikembangkan sehingga 904 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Selain itu, ruang simpanan hadapan atau frunk berkapasiti 27 liter disediakan untuk menyimpan kabel pengecasan dan barangan kecil.

Jarak Pemanduan Sehingga 651 km, Pengecasan Pantas 800V

Volvo ES90 Malaysia dibina menggunakan platform SPA2 dengan seni bina 800 volt, membolehkan pengecasan lebih pantas dan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Menggunakan pengecas DC berkuasa tinggi, bateri boleh dicas dari 10 ke 80 peratus dalam masa sekitar 22 minit.

Ads

Dari segi jarak pemanduan, ES90 mampu mencapai sehingga 651 km mengikut kitaran WLTP. Jarak ini menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh antara bandar tanpa kebimbangan terhadap jarak.

Pecutan dari 0 ke 100 km/j pula dicapai dalam masa 6.6 saat, sejajar dengan karakter sedan premium yang mementingkan keselesaan dan kelancaran.

Volvo ES90 Malaysia Dilancar, Harga Bermula RM339k

Kabin Scandinavian Premium Dengan Fokus Kesenyapan

Bahagian dalaman Volvo ES90 Malaysia direka berteraskan konsep Scandinavian minimalism dengan penggunaan material premium dan susun atur yang ringkas.

Jarak roda sepanjang 3.1 meter memastikan ruang kaki yang luas di barisan kedua, memberikan keselesaan kepada semua penumpang.

Antara ciri utama termasuk bumbung panoramik electrochromic, sistem pendingin hawa empat zon dengan penapis udara yang mampu menapis sehingga 95 peratus zarah PM2.5, serta sistem audio Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara dan sokongan Dolby Atmos.

Ads

Volvo turut memberi penekanan terhadap kesenyapan kabin, menjadikan ES90 antara model paling senyap pernah dihasilkan oleh jenama tersebut.

Volvo ES90 Malaysia Dilancar, Harga Bermula RM339k

Teknologi Pintar dan Sistem Keselamatan Menyeluruh

Volvo ES90 Malaysia merupakan model pertama Volvo yang dikuasakan oleh platform NVIDIA DRIVE AGX Orin, membolehkan pemprosesan data berkelajuan tinggi untuk sistem bantuan pemandu dan keselamatan.

Ia dilengkapi lima radar, tujuh kamera dan 12 sensor ultrasonik yang membentuk Safe Space Technology. Sistem ini direka untuk melindungi bukan sahaja penumpang kenderaan, malah pengguna jalan raya lain seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.

Antara ciri penting termasuk amaran pembukaan pintu bagi mengelakkan kemalangan tidak disengajakan.

Sebagai kenderaan berasaskan perisian, ES90 turut menyokong kemas kini over-the-air bagi memastikan sistem dan fungsi sentiasa relevan sepanjang tempoh pemilikan.

Sedan Elektrik Flagship Baharu Volvo di Malaysia

Secara keseluruhan, Volvo ES90 Malaysia bukan sekadar sebuah sedan elektrik baharu. Ia merupakan simbol hala tuju Volvo dalam era elektrifikasi, dengan penekanan terhadap keselamatan, keselesaan dan teknologi canggih.

Dengan gabungan reka bentuk premium, jarak pemanduan kompetitif dan sistem keselamatan menyeluruh, ES90 meletakkan dirinya sebagai sedan elektrik flagship yang kukuh untuk pasaran Malaysia.

Baca juga: Volvo EX60, SUV Elektrik Saiz Sederhana Baharu Volvo

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Tersalah Isi Minyak RON: Kesan Sebenar Yang Ramai Pemandu Tak Sedar

Apa Jadi Sebenarnya Kalau Tersalah Isi Minyak RON Pada Kereta Isu tersalah isi minyak RON sering jadi topik hangat di kalangan pemandu, terutamanya bila harga...