Volkswagen telah menggegar pasaran dengan pengemaskinian terkini pada model Golf GTI menerusi facelift 2024. Ini bukan sekadar pembaharuan kosmetik, tetapi juga pembaharuan pada bahagian mekanikal hatchback yang dinamakan ‘hot hatch’ ini.
Golf GTI 2024 tetap setia dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo EA888, tetapi kini dengan kuasa yang lebih mengagumkan. Dengan standard 261 hp, ini menandakan peningkatan sebanyak 20 hp yang memacu roda hadapan.
Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, varian manual bagi Volkswagen Golf GTI kini menjadi kenangan. Kini, ia hadir dengan versi automatik DSG tujuh nisbah kelajuan yang eksklusif.
Perubahan pada rupa luaran hot hatch ini begitu ketara. Rekaan semula lampu utama dan lampu belakang yang menampilkan grafik baharu memberikan nafas segar. Inspirasi dari rekaan rim Golf terdahulu juga dapat dilihat pada rekaan rim yang baru.
Sebagai yang pertama dalam sejarah, Volkswagen menawarkan varian GTI dengan trim gentian karbon asli dalam kabin. Kini, GTI turut dilengkapi dengan skrin info hibur baharu yang dipertingkatkan, berserta butang kawalan fizikal pada roda stereng. Antara lain, susun atur menu pada skrin juga telah disederhanakan untuk kemudahan pengguna.
Golf GTI kini dapat dipersonalisasi dengan pilihan 15 warna luaran empat warna lebih banyak daripada model terdahulu dan juga pilihan bumbung hitam untuk menambah keunikan.
Dengan perubahan ini, Golf GTI 2024 facelift membuktikan bahawa ia bukan sekadar kenderaan, tetapi sebuah karya seni yang menggabungkan prestasi dan gaya dengan penuh kehebatan.
Baca: Volkswagen Tiguan 2024 Baharu Dengan Kuasa Sehingga 268 HP!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.