Cavallino Motors Bawa Dunia Ferrari ke Thailand
Cavallino Motors Co., Ltd., pengedar rasmi dan penyelenggara kenderaan Ferrari di Thailand, di bawah pimpinan Nantamalee Bhirombhakdi, telah menganjurkan acara bertaraf dunia, UNIVERSO FERRARI.
Acara ini membuka peluang buat peminat Ferrari, atau lebih dikenali sebagai Ferraristas, untuk menghayati sejarah dan kecanggihan jenama lagenda ini.
Ini adalah pameran Ferrari yang pertama kali diadakan di Asia Tenggara, membawa lebih daripada 20 model Ferrari, termasuk edisi terhad, model ikonik, dan keluaran terkini terus dari Maranello, Itali.
Pelancaran Ferrari F80: Kejutan Istimewa Asia Tenggara
Sorotan utama acara ini adalah pelancaran Ferrari F80, edisi khas supercar terbaharu Ferrari yang hanya dihasilkan sebanyak 799 unit di seluruh dunia.
Thailand diberikan kuota sebanyak 4 unit dengan tanda harga antara 3.4 hingga 3.6 juta euro.
Ferrari F80 digolongkan bersama supercar lagenda seperti GTO, F40, dan LaFerrari.
Ia menggabungkan teknologi terkini dan prestasi hebat yang menjadi teras Ferrari sejak pelancaran model supercar pertama pada tahun 1984.
Pengalaman Eksklusif Melalui Pelbagai Zon Pameran
Acara UNIVERSO FERRARI dibahagikan kepada beberapa zon menarik, memberikan pengalaman mendalam kepada pengunjung:
- Zon Perlumbaan (Racing Zone)
Zon ini menjadi nadi Ferrari, menampilkan kereta lumba Formula 1 seperti F1-2000, yang membantu Michael Schumacher merangkul kejuaraan dunia ketiganya.Kereta lumba hiperbaharu, Ferrari 499P Le Mans, juga dipamerkan. Model ini telah mencatat kemenangan berganda di perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada tahun 2023 dan 2024, membawa Ferrari kembali ke puncak kejuaraan selepas 58 tahun.
- Zon Kereta Sport (Sport Cars Zone)
Di zon ini, pengunjung dapat melihat model terkini seperti Ferrari Daytona SP3, sebahagian daripada siri Icona, yang diilhamkan daripada kereta lumba lagenda era 1960-an. Model lain termasuk SF90 XX Stradale, Purosangue, Roma Spider, dan Ferrari 12Cilindri dengan enjin V12 yang mengagumkan. - Zon Klasik Ferrari (Ferrari Classiche Zone)
Zon ini mempamerkan model lagenda seperti Ferrari 308 GTB dan Ferrari F50. Model F50, yang dicipta untuk meraikan ulang tahun ke-50 Ferrari pada tahun 1995. Hanya dihasilkan sebanyak 349 unit, menggunakan enjin V12 4.7 liter seperti enjin kereta Formula 1. - Zon Gaya Hidup Ferrari (Ferrari Lifestyle Zone)
Zon ini mempamerkan koleksi fesyen mewah Ferrari dan gaya hidup eksklusif yang mencerminkan keanggunan serta cita rasa tanpa kompromi jenama ini.
Ferrari: Lebih Dari Sekadar Kereta
UNIVERSO FERRARI bukan sekadar pameran kereta tetapi juga kisah sejarah, inovasi, dan gaya hidup. Sama ada anda peminat tegar Ferrari, peminat kelajuan di litar, atau baru mengenali jenama ini, acara ini menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan.
Acara ini akan diadakan pada 23 hingga 25 November 2024 di UOB Live, Emsphere, Thailand. Tiket boleh didapati melalui laman web Thai Ticket Major. Jangan lepaskan peluang menyelami dunia Ferrari yang penuh keajaiban!
Baca Juga : Ferrari F80 2026: Legenda Baharu dengan 1,200 Kuasa Kuda, Diilhamkan oleh Le Mans
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.