Twilight Blue Jadi Identiti Baharu Vanguard 250 SE
Aveta Malaysia meneruskan rentak agresifnya dalam segmen skuter tempatan apabila memperkenalkan warna baharu Twilight Blue untuk rangkaian popular Vanguard 250 SE, sekali gus meraikan kejayaan besar model itu sebagai antara produk paling laris dalam rangkaian global TARO.
Twilight Blue hadir dengan sentuhan metalik yang diilhamkan daripada perubahan warna langit pada waktu senja. Kemasannya bersifat “chameleon”, berubah antara ungu, biru dan hijau apabila terkena cahaya menjadikan Vanguard 250 SE tampak lebih garang, moden dan eksklusif.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim, warna ini bukan sekadar pilihan gaya, tetapi simbol semangat Aveta untuk bergerak seiring kehendak penunggang hari ini.
“Ramai pengguna mahukan warna yang lebih menyerlah dan bertenaga. Twilight Blue hadir tepat dengan aspirasi itu, sekali gus menunjukkan komitmen kami untuk menambah baik apa yang dihargai oleh penunggang di Malaysia,” katanya.
Pengiktirafan Global: Malaysia Jadi Pasaran Utama TARO
Aveta Malaysia juga turut menerima anugerah Rakan Jualan Utama Global daripada TARO. Pengiktirafan berdasarkan prestasi jualan Vanguard 250 di seluruh rangkaian antarabangsa.
Anugerah itu disampaikan oleh En. Su, Pengurus Besar TARO, kepada Steven Lim, disaksikan Pengasas TARO En. Jack Zhang serta Pengerusi Kumpulan Aveta Malaysia, En. Max Ang.

Lim berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan jenama tempatan menembusi pasaran global.
“Ini hasil kepercayaan penunggang di Malaysia dan dedikasi pengedar kami. Satu detik yang amat bermakna untuk jenama tempatan seperti Aveta,” ujarnya.
Menariknya, warna Twilight Blue ditawarkan pada harga jualan asas (BSP) yang sama seperti pilihan sedia ada. Vanguard 250 SE kekal membawa DNA skuter premium,kuasa, keselesaan dan kawalan yang menjadi identiti model ini sejak diperkenalkan.
Dengan penambahan Twilight Blue, versi SE kini menjadi satu-satunya varian Vanguard 250 di pasaran selepas versi Standard dihentikan pengeluaran.
Model Vanguard 250 SE Twilight Blue kini sudah memasuki pasaran tempatan. Stok pertama akan dihantar ke pengedar pilihan dan pengedar utama sebelum dihantar ke rangkaian pengedar sah lain di seluruh negara.
Orang ramai boleh melihat senarai penuh pengedar pilihan melalui laman rasmi Aveta.
Baca Juga : Aveta Sasar Lonjakan 50% Jualan Pada 2025, Kukuhkan Rangkaian Dengan Program Preferred Dealers
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!

















