Automotif

Toyota GR86 Bakal Hadir dengan Turbo, Tinggalkan Subaru?

Share

Khabar angin terkini dari Jepun membuatkan peminat kereta sport tak senang duduk. Menurut laporan Best Car, Toyota dikatakan bakal melancarkan generasi baharu GR86 menjelang 2028 dengan enjin turbo 1.6-liter hibrid yang dibangunkan sendiri. 

Lebih menarik, langkah ini dilihat sebagai penamat kepada kerjasama panjang antara Toyota dan Subaru.

Toyota – Subaru

Bagi yang mengikuti perkembangan dunia automotif, Toyota dan Subaru pertama kali bergabung pada 2012 untuk menghasilkan model “kembar” Scion FR-S (dikenali sebagai Toyota GT86 di pasaran lain) dan Subaru BRZ. 

Kedua-dua model berkongsi reka bentuk badan dan enjin, tetapi dengan lencana dan suspensi yang berbeza. Kerjasama ini wujud kerana logik ekonomi—menghasilkan kereta sport dengan jumlah jualan terhad memerlukan kos pembangunan yang tinggi. 

Sebab itulah pengeluar seperti Toyota-Subaru, BMW-Toyota, dan Mazda-Fiat sering bekerjasama dalam projek kereta sport.

Versi paling terbaru model ini bagi tahun 2024 -GR86 Hakone Edition

Toyota Bergerak Solo

Namun, jika laporan ini tepat, keputusan Toyota untuk bergerak solo dengan GR86 baharu mungkin menandakan pengakhiran kepada Subaru BRZ. Bayangkan, tanpa kerjasama ini, adakah BRZ mampu bertahan?

Enjin Baharu, Kuasa Maksimum

GR86 generasi baharu ini dijangka menggunakan enjin 1.6-liter turbo tiga silinder yang sama seperti GR Corolla dan GR Yaris. Menghasilkan sekitar 300 hp tanpa elektrifikasi. 

Dengan tambahan teknologi hibrid, kuasa enjin ini mungkin melebihi 350 hp—menghampiri wilayah GR Supra!

GR86 model facelift 2024

Berbeza dengan GR Corolla yang menggunakan pacuan semua roda (4WD) dan disesuaikan untuk rali. GR86 baharu akan kekal dengan pacuan roda belakang (RWD). Untuk memastikan ia kekal kompetitif, ia mungkin dilengkapi tayar dan brek yang lebih besar.

Menjadikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan dengan harga sekitar RM299,XXX. 

Namun begitu, keputusan ini bakal meletakkan GR86 baharu dan GR Corolla dalam persaingan langsung.

Adakah Terlalu Awal?

Yang menarik, generasi kedua GR86 dan Subaru BRZ baru sahaja dilancarkan tiga tahun lalu. Maka, berita tentang model baharu ini dianggap agak mengejutkan. Tetapi dalam dunia automotif, Toyota nampaknya tidak mahu memperlahankan momentum mereka. 

Apatah lagi ketika mereka giat membangunkan pelbagai projek seperti generasi baharu MR2, coupe S-FR dengan enjin 1.3-liter, dan konsep Toyota GT3 GR yang mungkin menjadi pengganti LFA.

Kereta konsep kumpulan Toyota – Lexus – Century

Masa Depan Pelbagai Trenkuasa

Walaupun banyak jenama kini beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik, Toyota nampaknya memilih pendekatan berbeza. Daripada GR Yaris hingga GR Supra, kebanyakan kereta sport Toyota masih mengekalkan enjin petrol atau hibrid. 

Pendekatan ini mencerminkan keyakinan Toyota bahawa dunia memerlukan pilihan trenkuasa yang pelbagai, bukannya hanya elektrik semata-mata.

Dari Forbes

Baca Juga Toyota GR Supra A90 Final Edition, Titik Noktah Sebuah Legenda

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan