Jentera Lagenda Bakal Gegar Tokyo Auto Salon KL 2025
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 bakal menyaksikan kemunculan sebuah jentera modifikasi ikonik VR32 Stealth Nissan GT-R hasil tangan tuner tersohor dari Jepun, TOP SECRET.
Acara yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos 2025 di MITEC ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat JDM tanah air.
Gabungan Dua Generasi GT-R Dalam Satu Binaan
VR32 Stealth ini bukan sebarangan GT-R. Ia menggabungkan casis BNR32 (R32 Skyline GT-R) dengan enjin berprestasi tinggi VR38DETT 3.8L dari R35 GT-R.
Hasil gabungan ini menghasilkan satu-satunya jentera di dunia dengan karakter klasik R32 tetapi menggunakan nadi daripada GT-R R35 dan semuanya dibina sendiri oleh Smokey Nagata.
Kuasa 1,072hp & Casis Diubah Suai Menyeluruh
Untuk menampung enjin dan trenkuasa baharu, keseluruhan casis telah melalui proses stitch welding dan fabrikasi menyeluruh.
Ads
Enjin turut dipadankan dengan turbo BB800 TOP SECRET, connecting rod JUN H-section, serta pelbagai komponen prestasi tinggi yang lain.
Jentera ini menghasilkan sehingga 1072hp kuasa dalam badan jentera klasik!
Luaran Stealth Gray dengan Aksesori Lengkap
Dari segi luaran, VR32 ini tampil garang dengan warna Stealth Gray dan aero kit penuh dari TOP SECRET.
Ia turut dilengkapi sistem suspensi NEKO TOP SECRET Ver.SPL Ride Pitch Adjustment, spring SWIFT, serta sistem brek dari R35 GT-R.
Ads
Jentera ini disempurnakan dengan rim OZ Racing Challenge HLT 18 inci dan tayar Bridgestone POTENZA RE71-RS (275/35R18).
Interior R35
Menambah lagi keunikan, bahagian dalaman turut menerima transplant penuh dari R35 lengkap dengan dashboard, meter, konsol tengah dan panel pintu R35 GT-R.
Stereng khas TOP SECRET dan meter TRUST Sirius Boost menjadi sentuhan terakhir kepada ruang kabin yang moden dan agresif.
Ads
Smokey Nagata Turut Hadir ke Kuala Lumpur
Acara kali ini lebih istimewa kerana Smokey Nagata sendiri akan turut hadir ke Tokyo Auto Salon KL 2025 menjadikannya kunjungan kali ketiga beliau ke Malaysia.
Peminat boleh berinteraksi dan bergambar dengan lagenda modifikasi ini, serta mendapatkan barangan eksklusif di booth rasmi TOP SECRET.
Maklumat Tiket Tokyo Auto Salon KL 2025
Harga tiket untuk menyaksikan acara ini adalah seperti berikut:
RM48 – Tiket harian dewasa
RM30 – Kanak-kanak 6-12 tahun
RM120 – Kombo keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
RM120 – Tiket 3 hari untuk dewasa
Diskaun 50% – Untuk pemegang kad OKU dan penjaga
Percuma – Kanak-kanak 5 tahun ke bawah
Untuk info lanjut dan pembelian tiket, layari: www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim, baru-baru ini telah mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Namun, apa yang menarik perhatian warga Roda Panas ialah koleksi kereta yang tersebar luas seperti pisang goreng di laman media sosial, dari jentera untuk ke Istana Negara hingga ke kereta yang dibawa untuk mengopi di luar kawasan.
Salah satu model yang menarik perhatian kami adalah Chevrolet Corvette C8 Z06. Corvette generasi kelapan ini membezakan dirinya dari yang lain sebagai yang pertama dalam barisannya yang dilengkapi dengan reka bentuk enjin tengah dengan pacuan roda belakang.
Corvette C8 Z06 dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter yang teguh, dipadankan dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan. Prestasi yang terhasil adalah sehingga 502 PS dan tork sebanyak 369 Nm. Kuasa memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 7.1 saat sahaja.
Kredit Foto: Evo Mag
Konfigurasi enjin tengah bukan sahaja meningkatkan prestasi keseluruhan Corvette tetapi juga menyumbang kepada kawalan dinamik dan keseimbangan pada jalan raya. Susunan pacuan roda belakang memastikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta menjadikannya jentera yang memukau dalam koleksi kereta Sultan Ibrahim.
Chevrolet Corvette C8 Z06 terkenal dengan reka bentuk menariknya yang seperti ikan pari, menampilkan elemen aerodinamik yang tidak hanya meningkatkan daya tarikan visualnya tetapi juga menyumbang kepada prestasinya di ats jalan raya.
Dengan Sultan Ibrahim terus memperluas koleksi keretanya yang luar biasa, Chevrolet Corvette C8 Z06 tanpa ragu menjadi lambang inovasi dan prestasi. Kehadirannya dalam koleksi Diraja menambah sentuhan tenaga Amerika ke dalam pelbagai kenderaan mewah yang dimiliki oleh Sultan Johor. Harga? Dari RM800,000 hingga jutaan ringgit.
Bermaz Motor telah mengumumkan pembaharuan terkini untuk model Mazda3 segmen C tahun 2023 untuk pasaran di Malaysia.
Terdapat empat varian berbeza ditawarkan dengan enjin 1.5 liter Skyactiv-G tidak diteruskan untuk pasaran tempatan. Ia secara tidak langsung bermakna, Mazda3 2023 hanya tersedia dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G yang menghasilkan 162 hp dan daya kilas 210 Nm.
Di antara ciri peningkatan menerusi model ini termasuklah pengecasan tanpa wayar Qi, slot USB-C pada konsol tengah, sokongan Android Auto dan juga Apple Carplay tanpa wayar. Skrin infotainment model ini juga diperbaharui menjadi 10.25 inci untuk pengalaman yang lebih baik.
Kredit Foto: Mazda
Varian Ignite Edition juga datang dengan peningkatan audio iaitu sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, untuk pengalaman audio yang lebih baik.
Bagi aspek keselamatan, varian High dan High Plus Mazda3 2023 turut dilengkapi dengan lebih banyak fungsi iActivsense, seperti Cruising & Traffic Support (CTS), yang sebelumnya hanya tersedia pada varian Mazda3 2.0L Ignite Edition.
Bermaz Motor juga menawarkan tujuh pilihan warna yang berbeza, termasuk Soul Red Crystal, Machine Gray, Polymetal Gray, Platinum Quartz, Deep Crystal Blue, Jet Black, dan Snowflake White Pearl.
Kredit Foto: Mazda
Berikut adalah harga jualan untuk model Mazda3 2023 di Malaysia:
Mazda3 2.0L High Sedan – RM156,059.00
Mazda3 2.0L High Plus Sedan – RM166,059.00
Mazda3 2.0L High Plus Liftback – RM166,059.00
Mazda3 2.0L Ignite Edition – RM175,059.00
Semua model Mazda3 dilengkapi dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km, serta pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km. Pakej ini meliputi alat ganti, pelincir, dan kos buruh.
1 of 20
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
UMW Toyota Motor sekali lagi mencatat pencapaian cukup mantap dengan mencapai jumlah penjualan bulanan sebanyak 10,931 unit. Ia merupakan pencapaian bulanan tertinggi dalam lima tahun terakhir. Dari jumlah itu, sebanyak 10,709 unit merupakan jualan untuk Toyota manakala 222 unit lagi adalah untuk Lexus.
Pencapaian gemilang ini mendorong jumlah jualan tahunan mereka hingga Oktober 2023 kepada 87,422 unit, berbanding dengan 80,153 unit dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, mewakili peningkatan sebanyak 9.1% dalam jualan tahunan untuk sepuluh bulan pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Komitmen UMW Toyota Motor dalam penyempurnaan proses pengeluaran di kompleks Bukit Raja dan Shah Alam terus membuahkan hasil dengan operasi yang lebih efisien dan peningkatan kapasiti. Penambahbaikan terus dilakukan dalam proses CKD (Completely Knocked Down), menandakan tekad mereka untuk kecemerlangan dalam pengeluaran.
Kehadiran model Toyota Alphard & Vellfire 2023 menjadi lambang kejuruteraan yang tepat, mengimbangi kecekapan dan keanggunan. Enjin baharu 2.4L 16-valve DOHC dengan turbocharger dan intercooler memberikan prestasi unggul tanpa mengabaikan kemewahan yang menjadi ciri utama Toyota.
Kredit Foto: dsf.my
Sebagai komitmen untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMW Toyota Motor turut melancarkan pelbagai promosi di bulan November di bawah tajuk “Celebrate the Symphony of Lights”. Pelanggan Toyota berpeluang mendapatkan pembiayaan sehingga 100% untuk model-model terpilih, dengan faedah promosi sehingga RM15,000 tersedia untuk pelbagai model Toyota, termasuk Vios facelift dan Toyota Yaris baharu. Program Toyota Service Savers turut ditawarkan dengan ansuran bulanan yang mudah bermula dari RM18.
Usaha memulihara alam sekitar menjadi fokus utama UMW Toyota Motor melalui penyertaan aktif dalam Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) di Hutan Simpan Kubang Badak, Langkawi. Mereka berusaha mencapai matlamat menanam 12,000 pokok pada tahun 2023, dengan penekanan khusus kepada pokok bakau yang memberikan manfaat alam sekitar yang besar. Langkah ini sejajar dengan komitmen Toyota dalam mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, memperlahankan pelepasan CO2 dan membawa kepada masa depan yang lebih lestari.
UMW Toyota Motor sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menjana prestasi, inovasi, dan kesedaran alam sekitar dalam industri automotif. Dengan terus mencipta impak positif, mereka terus mempertahankan kedudukan cemerlang dalam landskap automotif global.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
30 Tahun Legasi, Kini Beralih ke Mobiliti Hijau
Tanggal 31 Ogos 2025 bukan sekadar ulang tahun ke-68 kemerdekaan negara, tetapi turut menjadi momen bersejarah buat...