Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 menjanjikan sesuatu yang luar biasa tahun ini, dengan kemunculan dua Nissan GT-R ikonik daripada pembina Jepun terkenal, Top Secret.
Acara ini akan berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Seperti tahun lepas, model GT-R termasuk salah satu binaan terbaru Top Secret yang sudah mencuri perhatian di seluruh dunia bakal dipamerkan di TASKL2024.
GT-R R35 Top Secret M24 SPL adalah jentera terbaru yang dihasilkan oleh tuner Jepun terkenal, Top Secret.
Diberi kod nama M24, jentera ini menawarkan kuasa luar biasa sebanyak 815 ps (atau 803 hp) dan dilapisi dengan warna emas ikonik, Top Secret Candy Gold
.Pertama kali diperkenalkan di Tokyo Auto Salon Jepun tahun ini, M24 kini bakal bertemu peminat automotif tempatan di Kuala Lumpur.
Jantung kepada prestasi hebat M24 adalah gabungan teknologi canggih termasuk CPU Mega R yang ditala khas, klac Top Secret dengan kit sensor hidraulik, serta kit badan penuh MY24 yang memberikan penampilan unik sambil meningkatkan prestasi aerodinamik.
Bahagian dalamnya dihiasi dengan alcantara premium, stereng oktagon merah yang direka khas, dan alas lantai yang melengkapi keunikan rekaan kereta ini.
Sistem suspensi Dumptronic dan lengan atas hadapan Top Secret memastikan kawalan mantap di setiap selekoh.
Sistem brek kaliper kuning Top Secret memastikan kuasa pemberhentian yang hebat.
M24 juga dilengkapi sistem ekzos titanium sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi serta bunyi yang menawan.
Dari segi roda, Top Secret memilih roda OZ Racing Futura bersaiz 20 inci dengan tayar Bridgestone Potenza RE71RS.
Tidak ketinggalan, satu lagi model GT-R yang dipamerkan adalah Nissan GT-R R35 Track Edition.
Lebih istimewa ia merupakan kenderaan peribadi pengasas Top Secret yang terkenal, Smokey Nagata.
Nagata, legenda dalam dunia tuning automotif, telah mengubah GT-R ini menjadi jentera prestasi yang melampaui jangkaan.
Kelengkapan Track Edition ini menonjol dengan bonet depan carbon fibre yang bukan sahaja mengurangkan berat, tetapi juga memperbaiki aliran udara untuk prestasi enjin yang lebih baik.
Fendar sisi carbon fibre yang unik direka bukan sahaja untuk menjadi ringan tetapi juga meningkatkan aerodinamik keseluruhan, memberikan kelebihan besar di atas jalan atau litar.
Roda Top Secret-OZ Racing yang digunakan pada model ini adalah gabungan kehebatan Itali dan Jepun dalam dunia tuning, memberikan penekanan pada gaya serta prestasi.
Sistem brek karbon seramik dari Brembo memberikan kuasa pemberhentian yang tiada tandingan, memastikan keselamatan dan ketepatan dalam setiap pemanduan.
Sebagai pelengkap, ekzos titanium memberikan sentuhan elegan dan prestasi cemerlang kepada jentera Track Edition ini.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai acara ini, kunjungi laman web rasmi di tokyoautosalonkl.com.
Layari juga media sosial Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, dan Tik-Tok.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket anda secara dalam talian di tickets.tokyoautosalonkl.com atau di lokasi acara di MITEC.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 menjanjikan pengalaman luar biasa untuk penggemar automotif, terutamanya peminat GT-R dan Top Secret.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk melihat sendiri kehebatan dua bintang GT-R ini!
Baca Juga : Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024, Lebih Besar Dan Lebih Hebat!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.