TGR Malaysia eRacing 2025, Dari Simulator ke Litar Perlumbaan Sebenar

Share

TGR Malaysia eRacing 2025: Melahirkan Generasi Baru Bakat Sukan Permotoran Negara

UMW Toyota Motor bersama Toyota GAZOO Racing Malaysia (TGR Malaysia) secara rasmi melancarkan Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 (TGR Malaysia eRacing 2025), perlumbaan simulasi paling berprestij di Malaysia yang bertujuan mencari pelumba maya terpantas dan membuka peluang kepada mereka ke arena perlumbaan sebenar.

Kejohanan ini, dahulunya dikenali sebagai GT Cup Malaysia, kini memasuki tahun kelapan penganjurannya. Dengan jenama baharu, TGR Malaysia eRacing 2025 terus membawa misi mencari bakat terbaik negara dan menyediakan laluan jelas dari alam maya ke dunia nyata, sejajar dengan falsafah TGR iaitu “Pushing the Limits for Better.”

TGR Malaysia eRacing 2025
Lebih Luas, Lebih Kompetitif

Berbanding edisi terdahulu yang hanya berpusat pada Gran Turismo, tahun 2025 menyaksikan platform diperluas ke RaceRoom, Assetto Corsa dan iRacing, menjadikannya medan sebenar menguji keupayaan, ketahanan mental, serta kebolehsuaian para peserta.

Dengan jumlah hadiah RM123,000, kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kelas iaitu Pro, Club, dan Junior yang melengkapkan pencarian bakat muda yang berpotensi menyerlah di arena permotoran antarabangsa.

Format perlumbaan juga lebih kompetitif selepas tiga pusingan awal, 40 pelumba terpantas akan mara ke suku akhir, sebelum disaring kepada 20 pelumba ke peringkat separuh akhir. Hanya 10 terbaik bakal bertarung di pentas Grand Final hujung tahun ini.

eRacing Campus Tour

Selari dengan semangat pembangunan akar umbi, TGR Malaysia turut menganjurkan eRacing Campus Tour iaitu siri jelajah universiti yang membawa pengalaman simulasi perlumbaan terus ke kampus. Mahasiswa bukan sekadar berpeluang mencuba simulator profesional, malah boleh menyertai demonstrasi oleh Toyo Tires serta memenangi barangan eksklusif Toyota GAZOO Racing.

Lebih menarik, 10 pelumba terpantas dari setiap kampus akan menerima tiket automatik ke Grand Final.

Antara lokasi siri jelajah 2025 termasuk:

  • Sunway University (13 Ogos)

  • INTI International College Subang (19 Ogos)

  • HELP University (27 Ogos)

  • City University (3 September)

  • MDIS Malaysia, Johor (9 September)

  • IIUM Gombak (11 September)

  • UOW Malaysia KDU Penang (17 September)

  • UNITAR Kelana Jaya (7 Oktober)

Melahirkan Bakat Sebenar

Inisiatif ini bukan sekadar hiburan, tetapi telah membuktikan keberkesanannya. Antara nama besar yang lahir daripada siri kampus termasuk Raja Amirul Syauqat, Genevieve Ooi, dan Jastin Rahul Dev, yang kini bersaing dalam VIOS Challenge Rookie Class. Ia menjadi bukti bagaimana eRacing mampu menjadi batu loncatan kepada dunia perlumbaan sebenar.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., menjelaskan:

“Inisiatif ini lebih daripada sekadar pertandingan ia adalah pintu masuk ke dunia sukan permotoran, mencungkil bakat terpendam dan menyemarakkan semangat generasi muda. Melalui platform digital, kami mahu membuka peluang lebih luas dan menjadikan perlumbaan lebih inklusif untuk semua.”

DNA Perlumbaan Sebenar

Toyota turut menyuntik DNA perlumbaan sebenar ke dalam kejohanan ini dengan memperkenalkan kategori perlumbaan khas Toyota-only

. Model-model prestasi Toyota dipamerkan dalam sesi perlumbaan eksklusif, selaras dengan falsafah GAZOO Racing yang menekankan inovasi, ketepatan dan semangat perlumbaan.

Segala perkembangan TGR Malaysia eRacing 2025 boleh diikuti di saluran rasmi:

Baca Juga : Ayah & Anak Berentap di Vios Challenge 2025 Untuk Cipta Memori

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi