Automotif

Teknologi Jalan ‘Glow In The Dark’, Langkah Baru Johor Untuk Keselamatan Lalu Lintas

Share

Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor bakal menyelidik dan menilai penggunaan teknologi garisan jalan yang bersinar dalam kegelapan atau lebih dikenali sebagai ‘glow in the dark’, sebelum tahun ini berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri menerusi Belanjawan Johor 2024 telah mengagihkan dana sebanyak RM1 juta untuk meningkatkan kualiti garisan jalan menggunakan teknologi pantulan cahaya ini.

Menurutnya, jalan-jalan tertentu akan menggunakan teknologi baru ini pada tahun depan. “JKR akan menilai dan mengenal pasti jalan yang sesuai untuk menggunakan teknologi ‘glow in the dark’ terutamanya di kawasan tanpa pendawaian elektrik, kawasan yang gelap, selekoh berbahaya, dan jalan-jalan penghubung antara pekan,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama pada Rabu. Mohamad Fazli membincangkan tentang penggunaan teknologi ‘glow in the dark’ untuk meningkatkan kualiti garisan jalan.

Menurut beliau, teknologi yang menyebarkan cahaya pada garisan jalan memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding garisan jalan konvensional. “Kos untuk teknologi ‘glow in the dark’ ini adalah lebih tinggi. Namun, apabila kita gunakan teknologi ini, mungkin kita tidak lagi memerlukan lampu jalan,” katanya.

“Walaupun peruntukan RM1 juta ini mungkin terlihat sedikit, namun ini merupakan permulaan untuk memperkenalkan teknologi seumpama ini di Johor,” tambahnya.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan