Pilihan tayar memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi kereta anda. Bila bercakap tentang tayar biasa dan tayar EV (kenderaan elektrik).
Perbezaan ini bukan perkara remeh—ia adalah aspek utama untuk memastikan pemanduan yang lancar dan kondusif.
Tayar EV direka khas untuk menyokong keperluan unik kenderaan elektrik, daripada pengurangan bunyi hingga ke kecekapan tenaga.
Dengan EV semakin popular di pasaran, memahami perbezaan antara kedua-dua jenis tayar ini adalah penting bagi pemilik kenderaan.
Tayar EV dan tayar biasa mempunyai reka bentuk tapak yang unik. Tayar EV direka dengan:
Dinding sisi tayar EV juga diperkuat untuk menyokong berat tambahan bateri EV. Biasanya lebih berat daripada kenderaan biasa.
Tayar EV menggunakan bahan premium seperti getah berkualiti tinggi, kompaun silika, dan polimer khas yang mengurangkan rintangan rolling.
Ini menjadikannya lebih cekap dari segi tenaga dan tahan lasak. Walaupun digunakan dalam keadaan berat.
Tambahan pula, banyak tayar EV dilengkapi dengan komponen tahan haba dan buih dalaman untuk mengurangkan bunyi—ciri yang sesuai dengan keheningan semula jadi kenderaan elektrik.
Rintangan rolling ialah geseran yang dihasilkan ketika tayar bergolek di jalan. Tayar biasa cenderung menghasilkan lebih banyak rintangan. Bermaksud lebih banyak tenaga diperlukan untuk bergerak.
Sebaliknya, tayar EV direka untuk meminimumkan rintangan ini, sekali gus memaksimumkan jarak perjalanan dengan satu cas penuh.
Kurangnya rintangan rolling membantu meningkatkan kelajuan, kecekapan tenaga, dan pengalaman pemanduan keseluruhan.
EV menghasilkan tork tinggi secara langsung. Ia memerlukan cengkaman yang luar biasa untuk mengelakkan tayar tergelincir. Reka bentuk tapak dan bahan khas tayar EV memastikan cengkaman maksimum, terutama semasa brek regeneratif.
Brek regeneratif ini menukar tenaga kinetik semasa membrek kembali kepada tenaga elektrik, meningkatkan jarak perjalanan dan kecekapan kenderaan.
Tanpa enjin pembakaran, EV sangat senyap. Namun, tayar biasa boleh menghasilkan bunyi yang mengganggu. Tayar EV direka dengan blok tapak yang lebih kecil, alur cetek, dan bahan penyerap bunyi untuk mengurangkan getaran serta bunyi jalan.
Ciri ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan, tetapi juga mengekalkan pengalaman pemanduan senyap yang sinonim dengan EV.
Bateri EV yang berat memerlukan tayar dengan daya tahan tinggi. Tayar EV dibina dengan bahan berkualiti yang mampu menampung beban berat tanpa mengorbankan ketahanan.
Memang benar tayar EV lebih mahal daripada tayar biasa, dengan harga antara RM660 hingga RM880 setiap satu. Walaupun jangka hayatnya lebih pendek, kelebihan seperti kecekapan tenaga dan prestasi unggul menjadikan pelaburan ini berbaloi.
Tayar EV direka khas untuk memaksimumkan kecekapan, mengurangkan bunyi, dan menyokong ciri unik kenderaan elektrik seperti brek regeneratif. Walaupun kosnya lebih tinggi, ia menawarkan prestasi unggul dan lebih mesra alam.
Jika anda memiliki EV, melabur dalam tayar EV berkualiti adalah langkah terbaik untuk memastikan pemanduan lancar, cekap, dan berbaloi. 🚗💨
Dari EV Universe
Baca Juga BYD SEAL Performance Day – Pemanduan Dinamik Mobiliti Elektrik
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.