Automotif

SYM Perkenalkan Sport Tourer Premium TTLBT di EICMA 2024

Share
Jenama SYM semakin popular dalam kalangan penggemar skuter di Malaysia.
Terbaru, SYM telah memperkenalkan sebuah skuter “sport tourer premium” yang dikenali sebagai TTLBT.

Model TTLBT ini berada di atas model MAXSYM TL, menjadikannya pilihan lebih eksklusif dengan ciri-ciri terkini untuk bersaing sebagai peneraju dalam segmennya.

Kredit Foto : Website supermoto8

Kuasa Enjin dan Mod Tunggangan untuk Semua Situasi

Hadir dengan enjin 508cc, TTLBT mungkin bakal menjadi persaingan sengit kepada model dalam segmennya  seperti Yamaha TMAX dan Kymco AK550.

Dilengkapi dengan dua mod tunggangan iaitu Normal dan Rain, motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.

Kredit Foto : Website supermoto8

Teknologi ride-by-wire yang terdapat pada TTLBT juga memudahkan pengawalan enjin, manakala “cruise control” memberikan keselesaan pada perjalanan jauh.

Sistem EMS Vitesco yang Canggih

TTLBT dilengkapi sistem EMS Vitesco yang menyediakan tiga tetapan yang berbeza.

Dalam mod Normal dengan TCS (kawalan cengkaman) aktif, enjin motosikal dapat berfungsi pada tahap kuasa penuh dengan bantuan kawalan cengkaman.

Penunggang juga boleh memilih mod Normal tanpa TCS untuk pengalaman tunggangan lebih bebas.

Kredit Foto : Website motojornal.pt

Mod Rain pula dapat mengurangkan kuasa enjin sambil mengekalkan TCS bagi keadaan jalan yang basah.

Ciri tambahan seperti kawalan kestabilan (MSC) bersama unit inersia enam paksi daripada Bosch dan unit hidraulik 9.3 MP turut menambah kestabilan motosikal ini.

Keselesaan dan Ruang Penyimpanan Praktikal

TTLBT menawarkan posisi menunggang yang selesa dengan ketinggian tempat duduk 780mm.

Reka bentuk ini memastikan penunggang berada dalam posisi tegak untuk mengurangkan keletihan pada perjalanan jauh.

Kredit Foto : Website motojornal.pt
Kredit Foto : Website supermoto8

TTLBT turut menyediakan ruang simpanan yang luas – ruang bawah tempat duduk berkapasiti 37 liter, sementara beg sisi standard menambah 14.4 dan 13.6 liter ruang tambahan.

Selain itu, motosikal ini juga direka untuk memudahkan penambahan kotak atas bagi mereka yang memerlukan lebih banyak ruang.

Teknologi dan Ciri Ergonomik Terbaik

TTLBT dilengkapi dengan Wind Shield elektronik yang boleh dilaras serta port USB-C di ruang hadapan bagi memudahkan pengecasan telefon pintar.

Grip pemanas dengan empat tahap pemanasan menjadikan motosikal ini sesuai untuk cuaca sejuk atau hujan.

Kredit Foto : Website supermoto8

Reka bentuk ini memastikan penunggang berada dalam keselesaan optimum walaupun dalam cuaca yang kurang baik.

Paparan Canggih dan Sambungan Pintar

Panel instrumen TTLBT menggunakan skrin TFT tujuh inci dengan tiga mod paparan, menyokong arahan suara Siri, navigasi, dan muzik.

Ciri Bluetooth dan Apple CarPlay membolehkan telefon pintar dihubungkan untuk navigasi serta hiburan.

Kredit Foto : Website supermoto8

TTLBT dilengkapi sistem lampu LED adaptif yang meningkatkan keselamatan di malam hari, memberikan cahaya yang sesuai dengan arah pemanduan.

Dengan gabungan teknologi, keselesaan, dan ciri keselamatan, TTLBT oleh SYM adalah pilihan tepat bagi peminat motosikal sport tourer premium.

Ia bukan sahaja membawa penunggang ke destinasi, tetapi melakukannya dengan gaya, keselamatan, dan kemudahan tanpa kompromi.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi