Automotif

SYM ADXTG 400 – Skuter Adventure Pertengahan Rasmi di Malaysia!

Share

SYM Malaysia secara rasmi melancarkan SYM ADXTG 400, skuter adventure pertama mereka yang direka untuk penunggang yang mahu lebih daripada sekadar jentera ulang-alik harian.

Ditawarkan pada harga permulaan RM29,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Jentera ini boleh dimiliki dalam tiga warna menarik iaitu Dark Grey, White, dan Grey. Ia boleh didapati menerusi pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

Enjin 400cc – Sedia Untuk Segala Cabaran

SYM ADXTG 400 menggunakan enjin 399cc silinder tunggal SOHC 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair. Menghasilkan kuasa 34.4HP pada 7,000rpm dan tork 37.2Nm pada 5,500rpm

Dengan kombinasi piston 83mm x lejang 73.8mm

dan nisbah mampatan 10.5:1. Jentera ini memberikan prestasi yang responsif dan efisien dalam pelbagai situasi tunggangan – sama ada di jalan raya biasa atau laluan mencabar.

Sistem transmisi yang digunakan adalah CVT dan klac automatik. Kuasa ke tayar belakang dihantar melalui rantai, bukan tali sawat – sesuatu yang biasa pada motosikal adventure sebenar.

Casis Lasak, Suspensi Mantap

Untuk keselesaan dan kawalan yang stabil, SYM melengkapkan ADXTG 400 dengan fork teleskopik (140mm) di bahagian depan dan suspensi monoshock (115mm) di belakang. 

Casis pula dibina menggunakan rangka paip underbone jenis keluli. Memberikan ketahanan tinggi ketika melalui jalan berbatu atau berliku.

Tambahan pula, kedudukan enjin yang diletakkan di tengah membantu mengagihkan berat dengan lebih seimbang – penting bila menunggang atas permukaan tak rata.

Teknologi Terkini ADXTG

SYM ADXTG 400 bukan sahaja nampak garang, tapi juga dibina untuk praktikaliti. Ia dilengkapi:

  • Sistem kunci pintar (keyless)
  • Pelindung angin boleh laras
  • Handguard untuk lindungi tangan dari serpihan atau ranting
  • Panel meter LCD digital
  • Lampu LED penuh (hadapan, belakang, brek dan isyarat)
  • Sistem pencucuhan transistor penuh
  • TCS (Traction Control System) dan ABS di kedua-dua roda

Selesa Untuk Tunggangan Jauh

Dengan panjang 2,166mm, jarak roda 1,535mm, ketinggian tempat duduk 790mm, dan jarak kelegaan tanah 160mm

Ia direka untuk keselesaan. Berat basah 213kg mungkin sedikit berat untuk skuter biasa, tapi untuk adventure scooter, ini normal untuk menambah kestabilan.

Tangki bahan api 13 liter dengan ruang simpanan bawah tempat duduk sebesar 32 liter cukup luas untuk simpan topi keledar atau barangan harian.

Tambahan pula, sudut membelok sehingga 41 darjah dan kebolehan mendaki cerun sehingga 27 darjah menunjukkan keupayaan sebenar jentera ini di jalan yang mencabar.

Sistem brek cakera hadapan (275mm) dan belakang (233mm), memastikan daya membrek yang mantap dalam apa jua situasi. Digandingkan dengan tayar

tubeless bersaiz 120/70-15 di depan dan 150/70-14 di belakang. Cengkaman di atas jalan kering mahupun basah bukan masalah besar.

Jaminan & Sokongan Selepas Jualan

Setiap pembelian SYM ADXTG 400 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan. Serta sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Dari MForce Bike Holdings

Baca Juga SYM Perkenalkan Sport Tourer Premium TTLBT di EICMA 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan