Automotif

Suzuki TXR 150 Panther, Legenda Dua Lejang PDRM

Share

Pengenalan kepada Suzuki TXR 150 Panther

Suzuki TXR 150 Panther, atau lebih dikenali sebagai “motor otet” dalam kalangan peminat permotoran Malaysia, merupakan salah satu motosikal legenda yang pernah menjadi tulang belakang operasi rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada era 1990-an.

Dengan enjin dua lejang 150cc, motosikal ini bukan sahaja popular dalam kalangan Peminat motosikal retro, tetapi juga memainkan peranan penting dalam operasi khusus PDRM.

Sejarah Penggunaan Panther oleh PDRM

Suzuki TXR 150 Panther menjadi pilihan PDRM, khususnya untuk Cawangan Khas (SB) atau unit perisik, kerana keupayaannya bergerak pantas dan sukar dikesan.

Salah satu model panther ini bewarna hitam khusus untuk operasi malam, membolehkan anggota polis menjalankan tugas tanpa menarik perhatian.

Panther digunakan secara meluas pada 1990-an untuk mengekang aktiviti lumba haram yang semakin meningkat pada masa itu.

Ciri-ciri Teknikal Panther

Suzuki TXR 150 Panther dikuasakan oleh enjin dua lejang 150cc dengan tork tinggi dan pecutan pantas.

Dengan berat yang agak ringan dan reka bentuk aerodinamik, motosikal ini dikatakan mampu menyaingi model lain seperti Yamaha RX-Z, malah dalam beberapa kes, Yamaha TZM.

Budaya dan Populariti Panther

Di luar tugas rasmi PDRM, Panther TXR 150 mencipta nama dalam kalangan peminat motosikal Malaysia.

Dengan pengeluaran bermula pada lewat 80-an dan terhenti pada awal 90-an, motosikal ini kekal relevan sebagai ikon budaya “mat motor”.

Selepas Panther, Suzuki memperkenalkan varian TXR150R, yang digelar “Jerung” kerana kowl depan menyerupai sirip jerung.

Popularitinya dikuatkan lagi oleh kemudahan pengubahsuaian, menjadikannya kegemaran untuk pertandingan kelajuan dan pameran motosikal retro hingga ke hari ini.

Peralihan kepada Motosikal Moden

Walaupun Panther pernah menjadi tulang belakang rondaan PDRM, unit rondaan bermotosikal (URB) kini beralih kepada model yang lebih moden.

Kebanyakkan anggota menggunakan Kawasaki Z250 dan KLX250, yang lebih sesuai untuk keperluan rondaan bandar dan kawasan sempadan.

Peralihan ini mencerminkan evolusi keperluan operasi PDRM, dengan motosikal moden menawarkan teknologi canggih seperti sistem brek ABS dan enjin empat lejang yang lebih mesra alam.

Namun, Panther kekal diingati sebagai simbol zaman kegemilangan motosikal dua lejang dalam sejarah PDRM.

Warisan Panther dalam Landskap Automotif Malaysia

Suzuki TXR 150 Panther bukan sekadar motosikal tugasan PDRM, tetapi juga ikon budaya yang meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah automotif Malaysia.

Walaupun sudah tidak lagi digunakan lagi oleh PDRM, Suzuki Panther terus dihargai oleh kolektor dan peminat motosikal retro.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana pemilik memiliki motosikal ini, pemilik mendapatkan motosikal ini ketika lelongan awam.

Baca Juga : Lamborghini Temerario, Harga Bermula RM1,350,000

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi