
Naza Eastern Motors secara rasmi melancarkan Suzuki e VITARA, model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Suzuki di Malaysia, sekali gus menandakan permulaan era baharu jenama Jepun itu dalam pasaran mobiliti elektrik negara.
Model yang dibangunkan berasaskan falsafah “Emotional Versatile Cruiser” ini menggabungkan teknologi elektrik moden dengan karakter SUV lasak yang sinonim dengan Suzuki sejak sekian lama.
Ditawarkan pada harga RM188,000 (atas jalan tanpa insurans), Suzuki e VITARA akan dibawa masuk dalam jumlah terhad bagi fasa pertama, memberi peluang kepada pelanggan menjadi antara pemilik awal SUV elektrik pertama Suzuki di Malaysia.
Suzuki e VITARA dibina menggunakan platform elektrik baharu HEARTECT-e yang direka khas untuk model BEV.
Kuasa disalurkan menerusi sistem eAxle generasi baharu yang menggabungkan motor elektrik, inverter dan gear pengurangan dalam satu unit yang lebih kompak serta efisien.
Jantung kepada sistem ini ialah bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 61kWh, dipadankan dengan motor elektrik pacuan roda hadapan yang menghasilkan 128kW (172hp)
dan 193Nm tork.Gabungan ini membolehkan e VITARA menawarkan jarak pemanduan sehingga 426 kilometer bagi sekali cas penuh.
Pemandu turut boleh memilih tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport mengikut keadaan jalan atau gaya pemanduan masing-masing.
Bagi aspek pengecasan, Suzuki e VITARA menyokong pengecasan pantas DC yang mampu mengecas bateri daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 45 minit.
Untuk pengecas AC 7kW pula, proses pengecasan penuh daripada 10 hingga 100 peratus mengambil masa kira-kira sembilan jam.
Bateri tersebut turut dilengkapi sistem penyejukan cecair serta beberapa lapisan perlindungan bagi memastikan prestasi dan ketahanan jangka panjang.
Dari segi penampilan, Suzuki menerapkan konsep reka bentuk “High-Tech & Adventure” yang diinspirasikan daripada tema Metal Beast.
Bahagian hadapan tampil garang menerusi lampu LED tiga elemen bersama gril berbentuk heksagon, dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 inci.
SUV elektrik ini mempunyai dimensi:
Walaupun bersaiz kompak sesuai untuk kegunaan dalam kawasan bandar, dimensi tersebut masih menawarkan ruang kabin yang luas dan praktikal.
Pelanggan boleh memilih lima pilihan warna:
Masuk ke ruang kabin, Suzuki memperkenalkan rekaan dalaman serba baharu yang lebih premium dengan penggunaan kemasan piano hitam, fabrik Melange Jersey, kulit sintetik serta kemasan perak gelap.
Tumpuan utama diberikan kepada Integrated Display System (IDS) yang menggabungkan paparan meter digital dan skrin infotainmen dalam satu panel bagi memudahkan akses kepada maklumat pemanduan, sistem hiburan serta kawalan kenderaan.
Antara kelengkapan lain termasuk:
Dari sudut keselamatan, Suzuki e VITARA didatangkan dengan pakej bantuan pemanduan moden (ADAS) yang merangkumi:
Turut melengkapkan pakej ialah sistem kamera 360 darjah yang menawarkan paparan bird’s-eye dan eye-level bagi memudahkan proses parkir serta pemanduan pada kelajuan rendah.
Bagi memberikan keyakinan kepada pembeli, Suzuki menawarkan pakej waranti yang merangkumi:
Sebagai promosi pengenalan, 10 pelanggan pertama yang membeli Suzuki e VITARA akan menikmati pengecasan EV percuma selama lima tahun di pusat servis Suzuki terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain itu, Naza Eastern Motors turut mengumumkan lanjutan waranti kepada lima tahun tanpa had perbatuan
bagi beberapa model Suzuki terpilih termasuk:Pakej baharu ini menggantikan waranti terdahulu selama tiga tahun atau 100,000 kilometer.
Bagi menyokong pemilik e VITARA, Naza Eastern Motors kini mempunyai rangkaian 14 pusat jualan dan 13 pusat servis di seluruh negara, sekali gus memastikan pelanggan mendapat akses mudah kepada perkhidmatan jualan dan selepas jualan.
Dengan kemunculan e VITARA, Suzuki kini secara rasmi memasuki segmen kenderaan elektrik di Malaysia. Walaupun ditawarkan dalam kuantiti terhad pada peringkat awal, model ini dijangka menjadi langkah penting dalam strategi elektrifikasi global Suzuki serta memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna tempatan yang ingin beralih kepada mobiliti elektrik.
Baca Juga : Suzuki Jimny AllGrip Plus & Fronx Sport Rasmi Di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.