Automotif

Subaru Forester 2025 Melangkah Ke Era Baharu, Pengalaman Memandu yang Luar Biasa!

Share

Subaru memperkenalkan Forester 2025 pada Pameran Automotif Los Angeles 2023, dengan menekankan bahawa model ini adalah produk yang diberi ‘nafas’ baharu sepenuhnya, Forester 2025 menampilkan plat logam, rangka lebih kukuh, dan skrin infotainment yang lebih besar dalam rekaan dalaman yang direka semula.

Tidak terhad disitu, Forester 2025 ditawarkan dengan lima peringkat spesifikasi iaitu, Basic, Premium, Sport, Limited, dan Touring, dengan jangkaan akan ditambah lagi dengan trim Wilderness dan pilihan hibrid.

Penampilan luaran Forester diberi sentuhan halus di sekitar lampu hadapan dan lengkungan roda untuk memberikan kesan lebih dinamik. Selain itu, gril baharu memberikan pancaran lebih baik pada lampu hadapan, Forester tetap mempertahankan reka bentuk kabin yang konservatif. Walaupun kotak, ia mempunyai ciri aero seperti ventilasi udara baru untuk mengurangkan tekanan pada kelajuan tinggi.

Di bawah plat logam baru terletak Platform Global Subaru, yang kini 10% lebih kukuh untuk tahun 2025. Subaru menyatakan pemanduan akan lebih mantap dan senyap, dengan tambahan penapisan dan peningkatan bingkai dalam.

Kredit Foto: Caranddriver.com

Enjin boxer 2.5 liter Subaru disokong oleh kotak gear berterusan (CVT) yang menawarkan mod “shift” manual pada peringkat trim lebih tinggi. Pelbagai sistem penggerak dan kawalan memperkukuhkan prestasi pemanduan Forester di jalan raya mahupun off-road.

Empat-silinder ini mampu menghasilkan 180 kuasa kuda dan 178 Nm tork, dan tork puncak datang pada putaran rpm yang lebih rendah daripada sebelum ini, jadi walaupun kuasa berkurang, ia sepatutnya memberi tindak balas yang lebih responsif.

Forester ditawarkan dengan pelbagai saiz rim berbeza untuk setiap peringkat spesifikasi. Bagi ruang dalaman, penggunaan ruang yang yang lebih cekap dan teknologi yang ditingkatkan memberikan keselesaan dan kegunaan yang lebih baik kepada pengguna.

Teknologi keselamatan dan infotainment yang ditingkatkan menjadi lebih standard pada Forester baharu, dengan peningkatan pada sistem EyeSight dan paparan kamera 360 darjah. Dijangka tiba di pasaran pada musim bunga 2024 dengan harga yang dijangka meningkat dari model sebelumnya.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan