Perlindungan Cat Kereta Versi Baharu: Apa Itu SPPF & Kenapa Ia Berbeza?
Kalau selama ini kita kenal PPF atau coating seramik sebagai cara melindungi cat kereta, kini muncul satu teknologi baharu yang dikatakan lebih tahan, lebih cantik dan boleh ‘diperbaharui’ yang dikenali sebagai SPPF (Spray Paint Protection Film) dari Jepun
Teknologi ini diperkenalkan secara rasmi di Malaysia oleh SPPF Malaysia dalam satu acara khas di Petaling Jaya, yang menghimpunkan media dan pemain industri automotif.

SPPF Bukan Sekdar Filem Tampal, Tapi Disembur Terus Atas Cat
Perbezaan paling besar SPPF berbanding PPF biasa ialah ia bukan filem yang ditampal, sebaliknya disembur terus ke atas cat kereta menggunakan teknologi khas dari Jepun.
Hasilnya, lapisan perlindungan ini:
Tidak mempunyai sambungan atau lipatan
Mengikut sepenuhnya bentuk badan kereta
Nampak lebih kemas dan jernih
Ringkasnya, kereta kekal nampak seperti cat asal, cuma dengan perlindungan tambahan yang lebih menyeluruh.

Antara ciri paling menarik SPPF ialah boleh diperbaharui. Jika ada calar halus atau tompok air selepas beberapa tahun:
Permukaan atas SPPF boleh digilap semula
Lapisan perlindungan asal masih kekal
Tidak perlu buang dan pasang semula dari awal
Selepas itu, lapisan seperti coating seramik boleh disapu semula untuk kembalikan kilat dan perlindungan cuaca.

Nak Lebih Perlindungan? Tambah Lapisan, Bukan Tukar Baru
SPPF juga membenarkan lapisan tambahan disembur di atas lapisan sedia ada. Ini bermaksud:
Perlindungan boleh ditambah dari masa ke masa
Kereta lebih tahan lama tanpa perlu ulang dari kosong
Nilai pelaburan kereta lebih terjaga
Pendekatan ini sesuai untuk pemilik kereta yang bercadang simpan kenderaan untuk jangka panjang.

Bukan Sekadar Lindung, Tapi Boleh Tukar Warna Juga
Menariknya, SPPF bukan hanya untuk perlindungan. Ia juga boleh digunakan untuk ubah warna kereta, menggunakan sistem cat asal pengeluar seperti Porsche atau Ferrari.
Maknanya:
Warna custom tapi masih guna formula cat tulen
Perlindungan dan warna digabungkan dalam satu sistem
Sesuai untuk peminat, kolektor dan pemilik kereta eksklusif
Digunakan Dalam Dunia Perlumbaan
SPPF turut diuji dalam persekitaran ekstrem seperti sukan permotoran, terdedah kepada haba tinggi, geseran kuat dan cuaca mencabar. Jika ia boleh bertahan di litar, penggunaan harian sudah tentu bukan masalah besar.

Setiap Kereta Ada Rekod Digital Sendiri
Mulai separuh kedua 2026, setiap kereta yang menggunakan SPPF akan mempunyai rekod digital melalui aplikasi khas. Pemilik boleh:
Sahkan keaslian SPPF
Semak sejarah servis dan pembaharuan
Tingkatkan nilai kereta untuk jangka panjang
Secara ringkas, SPPF ini:
Perlindungan cat generasi baharu
Lebih kemas berbanding PPF biasa
Boleh diperbaharui, bukan sekali pakai
Sesuai untuk kereta harian hingga supercar
Selain kereta, SPPF juga boleh diaplikasikan pada motosikal, termasuk bahagian badan, tangki minyak dan panel yang terdedah kepada batu kecil serta calar harian.

Malah, teknologi ini turut sesuai digunakan pada sportrim, topi keledar dan juga basikal, menjadikannya solusi perlindungan serba guna untuk pelbagai jenis kenderaan dan peralatan mobiliti.
Kalau anda jenis sayang kereta dan nak jaga cat dalam jangka panjang, teknologi ini memang wajar diberi perhatian.
Baca Juga : Elak Calar, Kereta Sentiasa Malar – Panduan Penjagaan Cat Kenderaan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!




