Automotif

Skuter Lambretta Bakal Menjelma Kembali Di Malaysia

Share

Lambretta, jenama yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro. Syarikat itu dikatakan bakal memasuki pasaran Malaysia dengan nafas yang baharu. Skuter Lambretta yang menjadi kegemaran peminat di seluruh dunia kini bersedia untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Diasaskan pada tahun 1947 oleh Dr. Ferdinando Innocenti, Lambretta mendapat inspirasi dari Cushman berwarna hijau zaitun. Namanya pula diambil daripada sprite air mitos yang dikaitkan dengan sungai Lambro, yang mengalir di pinggir bandar Milan. Lambretta menjadi kegemaran di Itali semasa zaman peperangan, dengan keistimewaannya sebagai skuter pertama yang menggunakan brek cakera.

Dr. Ferdinando Innocenti, Pengasas Lambretta

Pada tahun 1950, Lambretta memperkenalkan inovasi dalam suspensi depan dan belakang, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Kemudian pada tahun 1969, Lambretta muncul dengan enjin paling berkuasa, menetapkan standard baru dalam industri skuter.

Walaupun mengalami beberapa penukaran pemilikan, Lambretta masih kukuh sebagai lambang subkultur moden hingga hari ini. Dengan mempersembahkan gaya klasik sambil menggabungkan inovasi kontemporari, skuter Lambretta mengekalkan warisan dan menarik minat generasi baru untuk menunggangnya.

Skuter Lambretta – Rekaan Yang Ikonik Sepanjang Zaman

Model-model terbaharu seperti Lambretta X250 dan G350 tidak hanya mengenengahkan keindahan dan eksklusif semata-mata malah, mengekalkan warisan dan tradisi yang diwarisi sekian lama. Dengan reka bentuk monocoque yang unik, setiap model Lambretta mewakili kesempurnaan dalam setiap penghasilannya, menandakan karya yang abadi.

Kehadirannya di Malaysia bakal menghangatkan lagi lanskap motosikal klasik-moden yang semakin mendapat perhatian terutama dari generasi muda di bandar. Lambretta menawarkan lebih daripada sekadar skuter; ia adalah ungkapan sejarah, gaya hidup, dan zaman emas penunggangnya. 

Kredit – Careta

Baca: Skuter Bandar Terbaharu Dari SYM – Husky 150

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan