Dunia topi keledar motosikal modular telah menyaksikan evolusi signifikan dengan pengenalan Shoei Neotec 3. Dihasilkan oleh pengeluar terkenal dari Tokyo, fungsi topi keledar ini bukan sahaja dipertingkatkan tetapi direvolusikan daripada model Neotec 2. Direka untuk memenuhi standard ECE 22.06 yang ketat, Neotec 3 memastikan standard topi keledar flip-up di pasaran akan terus menajdi pilihan pengguna.

Shoei Neotec 3, Penanda Aras Baharu Untuk Topi Keledar Motosikal Jenis Flip-up
Kredit Foto : Website shoei-europe

Salah satu ciri menonjol Neotec 3 adalah keselesaan yang tiada tandingan. Shoei telah memilih tiga kain berbeza untuk bahagian dalam, setiap satu memberikan rasa lembut dan mewah. Topi keledar ini tidak hanya terletak kepala pemandu tetapi ia mengikut bentuknya.

Shoei Neotec 3, Penanda Aras Baharu Untuk Topi Keledar Motosikal Jenis Flip-up
Kredit Foto : Website shoei-europe

Visor Neotec 3 layak mendapat pujian khas kerana ia mengekalkan dimensi model sebelumnya tetapi memperkenalkan mekanisme penguncian dan tab angkat bagi memastikan kejelasan penglihatan sekaligus menjamin keselamatan.

Ads
Shoei Neotec 3, Penanda Aras Baharu Untuk Topi Keledar Motosikal Jenis Flip-up
Kredit Foto : Website shoei-europe

Ciri lain yang ada pada topi keledar ini adalah insert Pinlock Evo, tujuan komponen ini adalah untuk memastikan visor tidak berkabus atau berwap. Selain itu, sistem ventilasi topi keledar ini sangat canggih dengan pelbagai port pengudaraan bagi memastikan kepala kekal sejuk, walaupun pada hari yang paling panas.

Shoei Neotec 3, Penanda Aras Baharu Untuk Topi Keledar Motosikal Jenis Flip-up
Kredit Foto : Website shoei-europe

Pengurangan bunyi adalah satu lagi ciri menarik pada Neotec 3. Sama ada memandu di jalan raya sekitar bandar atau memecut di lebuh raya, topi keledar ini memastikan bunyi yang senyap hasil daripada reka bentuknya dan cheek pillow yang baharu. Keselesaan topi keledar ini ditingkatkan  dengan sistem interkom SENA SRL-3 yang membolehkan komunikasi yang jelas semasa tunggangan.

Ads
Shoei Neotec 3, Penanda Aras Baharu Untuk Topi Keledar Motosikal Jenis Flip-up
Kredit Foto : Website shoei-europe

Dari segi estetika, Neotec 3 adalah sebuah inovasi yang menarik dan reka bentuknya yang licin dan moden membuatkan seseorang mungkin tidak akan mengenalinya sebagai topi keledar modular.

Shoei Neotec 3, Penanda Aras Baharu Untuk Topi Keledar Motosikal Jenis Flip-up
Kredit Foto : Website shoei-europe

Walaupun harganya agak premium, tetapi ciri-ciri dan keselesaan yang ditawarkan menjadikannya pelaburan yang berbaloi untuk penunggang motosikal. Shoei  Neotec 3 adalah testimoni kepada komitmen mereka terhadap kualiti dan kepuasan penunggang.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI