Anda melihat sebuah kereta yang bewarna putih gading atau dipanggil “Championship White” dan emblem “H” merah sudah pasti anda boleh mengenalpasti model tersebut adalah model Type R daripada Honda.
Tetapi adakah anda tahu jenis-jenis Model Type R yang pernah dikeluarkan oleh Honda sejak tahun 1992? Hari ini Roda Panas akan kongsikan kepada anda semua.
Model Type R pertama diperkenalkan pada 27 November 1992. Ia adalah NSX-R, versi istimewa NSX generasi pertama yang menggegarkan dunia dengan konsep “kereta super berpusatkan manusia”.
1992: NSX-R (NA1)
1995: Integra Type R (DC2/DB8)
1997: Civic Type R (EK9)
1998: Accord Type R
2001: Integra Type R (DC5)
2001: Civic Type R (EP3)
2002: NSX-R (NA2)
2007: Civic Type R (FD2)
2009: Civic Type R Euro (FN2)
2015 Civic Type R (FK2)
2017: Civic Type R (FK8)
2022: Civic Type R (FL5)
Persoalanya, adakah model Type R ini akan terus dihasilkan oleh pihak Honda atau model FL5 ini adalah model yang terakhir?
Sumber : Website Honda Global
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.