Pasaran skuter elektrik tempatan semakin meriah dengan kemunculan model terbaharu daripada YADEA, iaitu RS20.
Pelancaran ini berlangsung bersempena pembukaan Mforce SmartShop W H S Motor Sdn. Bhd. di Banting, yang juga merupakan SmartShop ke-18 Mforce di Malaysia dan ke-5 di Selangor.
Ditawarkan pada harga RM4,998, RS20 terus diposisikan sebagai pilihan mesra alam dan praktikal untuk kegunaan harian.
Lebih menarik, model ini bakal layak menikmati rebat daripada inisiatif MARiiCas dalam masa terdekat.
RS20 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Khaki Grey, Roman Grey dan Grey
yang menampilkan gaya kompak serta sporty, sesuai untuk kegunaan harian.Panjang skuter ini adalah 1,820mm, lebar 666mm dan ketinggian boleh laras antara 1,130–1,290mm.
Tempat duduk setinggi 765mm memastikan mudah dikawal, manakala berat keseluruhan 114kg (72kg tanpa bateri) menjadikannya antara skuter elektrik ringan dalam kelasnya.
Skuter ini digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 2,450W dengan tork puncak 107Nm, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 51km/j.
Kuasa ini disalurkan melalui bateri Graphene 72V22Ah, yang boleh dicas dari 0–80% dalam masa 6 jam, atau penuh dalam 8 jam.
Dengan sekali caj penuh, RS20 mampu menempuh jarak sehingga 105km (anggaran), cukup untuk perjalanan ulang-alik bandar setiap hari.
RS20 menggunakan tayar bersaiz 90/80-12 tanpa tiub di depan dan belakang, dipadankan dengan fork teleskopik hadapan serta penyerap hentak berkembar di bahagian belakang.
Bagi sistem brek, ia menggunakan gabungan cakera + CBS di hadapan dan dram + CBS di belakang.
Menariknya, RS20 boleh menggunkan tiga kaedah membuka kunci iaitu kunci mekanikal, kawalan jauh dan aplikasi YADEA App.
Hanya imbas kod QR pada skuter, padankan dengan aplikasi (iOS/Android), dan pengguna boleh membuka kunci terus melalui telefon pintar.
Antara ciri-ciri lain:
Lampu penuh LED (depan, belakang & isyarat)
Paparan meter digital
Port USB Type-A
Fungsi gear undur
Dua mod tunggangan (Sport & Eco)
Ruang simpanan depan & bawah tempat duduk
Rak belakang
Suis keselamatan side stand
Setiap pembelian RS20 hadir dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu).
Selain itu terdapat juga sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Sejak ditubuhkan pada 2001 di China, YADEA kini beroperasi di lebih 100 negara dan muncul antara pengeluar skuter elektrik terbesar dunia.
Fokusnya adalah menyediakan mobiliti pintar mesra alam dengan kombinasi reka bentuk moden, teknologi pintar dan prestasi berkualiti.
Dengan harga mampu milik, rekaan moden, jarak tunggangan praktikal dan ciri pintar, YADEA RS20 jelas menjadi satu lagi pilihan menarik dalam segmen skuter elektrik kompak.
Untuk penunggang di kawasan bandar yang mengutamakan kelestarian, model ini dilihat mampu memberi saingan sengit dalam pasaran EV dua roda tempatan.
Baca Juga : YADEA VELAX Skuter Elektrik Urban, Harga Bermula RM7,099
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.