Proton Perkenal Inisiatif Servis Khas Untuk Kenderaan Luar Waranti
PROTON memperkenalkan kempen servis selepas jualan di seluruh negara bermula 30 Mac hingga 30 Jun 2026.
Kempen ini menyasarkan pemilik kenderaan PROTON yang sudah lama tidak melakukan penyelenggaraan berkala, khususnya unit yang rekod servisnya terhenti lebih 12 bulan. Ia terbuka kepada model yang didaftarkan antara Januari 2018 hingga Januari 2021.
Pakej servis asas dengan pemeriksaan menyeluruh
Menerusi kempen ini, pemilik boleh mendapatkan pakej servis asas yang merangkumi penukaran minyak enjin, penapis minyak, kos buruh serta pemeriksaan keselamatan 40 perkara secara percuma.
Pemeriksaan tersebut melibatkan komponen penting seperti sistem brek, tayar dan bateri bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Harga yang ditawarkan bermula serendah RM120 bagi model Persona, Iriz, Exora dan Saga menggunakan minyak enjin semi-sintetik.
Bagi model X-Series pula, pakej servis ditawarkan bermula dari RM216.

Rangkaian servis luas dan mudah diakses
PROTON kini mempunyai lebih 190 pusat servis bertauliah serta 77 pusat Body & Paint di seluruh negara.
Rangkaian ini memudahkan pemilik mendapatkan servis dengan lebih cepat, selain jaminan penggunaan alat ganti tulen serta khidmat daripada tenaga kerja yang terlatih.
Inisiatif baharu tingkatkan pengalaman pelanggan
Bagi menambah baik pengalaman pelanggan, PROTON turut memperkenalkan sistem Service Experience QR (SEQR) yang membolehkan maklum balas diberikan secara terus selepas servis.
Selain itu, kemudahan seperti Fast Service yang menyiapkan servis asas dalam tempoh sekitar 90 minit serta ProCare Smart Plan (PSP) yang menawarkan pelan bayaran fleksibel turut disediakan.
Sokongan tambahan untuk pemilik kenderaan
PROTON juga menyediakan perkhidmatan Body & Paint bersama Proton Insurance Programme (PIP) bagi memudahkan urusan pembaikan dan insurans.
Bantuan kecemasan 24 jam turut disediakan melalui talian hotline, bagi memastikan pemilik mendapat bantuan segera sekiranya berlaku sebarang masalah di jalan raya.

Galakan kembali kepada penyelenggaraan berkala
Kempen ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk menggalakkan pemilik kembali melakukan servis secara berkala, terutamanya bagi kenderaan yang sudah lama tidak disenggara.
Dengan kos yang berpatutan serta pemeriksaan menyeluruh, ia membantu memastikan kenderaan kekal selamat, berfungsi dengan baik dan tahan lebih lama.
Baca Juga : Proton X90 2026 Kini Tampil Dengan Enjin i-GT 1.5L Turbo
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!





