Automotif

Proton e.MAS Terus Pacu Pasaran Elektrifikasi Negara

Share

Proton e.MAS Catat Momentum Kukuh Separuh Pertama 2026, e.MAS 7 PHEV Terima Lebih 11,000 Tempahan

PRO-NET terus mengukuhkan kedudukan Proton e.MAS dalam landskap mobiliti elektrifikasi negara apabila jenama itu mencatatkan 17,604 pendaftaran terkumpul bagi portfolio kenderaan elektrik (EV) dan plug-in hybrid electric vehicle (PHEV) setakat Jun 2026.

Bagi bulan Jun sahaja, Proton e.MAS merekodkan 3,026 pendaftaran merangkumi semua model, sekali gus menunjukkan permintaan terhadap kenderaan elektrifikasi di Malaysia terus berada pada tahap positif.

e.MAS 7 PHEV Jadi Tumpuan Utama

Antara penyumbang utama kepada prestasi tersebut ialah Proton e.MAS 7 PHEV, yang kini menjadi model PHEV nombor satu di Malaysia.

Model itu mencatatkan 1,138 pendaftaran pada bulan Jun, menjadikan jumlah pendaftaran terkumpul tahun ini sebanyak 4,074

unit. Sejak diperkenalkan pada Februari 2026, Proton e.MAS 7 PHEV turut menerima lebih 11,000 tempahan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, sambutan terhadap Proton e.MAS 7 PHEV membuktikan pengguna Malaysia semakin terbuka terhadap penyelesaian elektrifikasi yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian.

Varian Prime Tawar Nilai Lebih Kompetitif

Proton e.MAS 7 PHEV Prime diatwarkan pada tanda harga bermula RM105,800 dan varian ini sesuai untuk pengguna yang mahukan kos penggunaan harian lebih efisien, namun masih mahukan sebuah kenderaan dengan ruang kabin yang luas dan keselesaan untuk kegunaan keluarga.

Selain e.MAS 7 PHEV, Proton e.MAS 5 turut mengekalkan momentum kukuh dengan 1,309 pendaftaran pada bulan Jun.

Prestasi ini memberi gambaran bahawa penerimaan terhadap rangkaian Proton e.MAS bukan hanya tertumpu kepada satu model sahaja, sebaliknya melibatkan beberapa pilihan elektrifikasi yang kini semakin mendapat tempat dalam pasaran tempatan.

e.MAS 7 EV Kekal Relevan Dalam Segmen SUV Elektrik

Dalam segmen EV pula, Proton e.MAS 7 mencatatkan 579

pendaftaran pada Jun 2026, menjadikan jumlah pendaftaran terkumpul tahun ini sebanyak 2,864 unit.

Sejak dilancarkan pada Disember 2025, lebih 11,542 unit Proton e.MAS 7 kini berada di atas jalan raya Malaysia, menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap SUV elektrik premium nasional itu.

Kedudukan model ini turut diperkukuh menerusi pengenalan Proton e.MAS 7 Premium Plus di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026.

Varian baharu itu tampil dengan beberapa ciri keselesaan tambahan seperti tempat duduk hadapan dengan fungsi urutan, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan fungsi memori, serta perehat kaki bersepadu untuk penumpang hadapan.

Jarak Gerak Sehingga 450km WLTP

Walaupun hadir dengan spesifikasi yang lebih premium dan kapasiti bateri lebih besar, Proton e.MAS 7 Premium Plus masih mengekalkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 115kW.

Melalui pengecasan pantas, bateri boleh dicas daripada 30 peratus kepada 80 peratus dalam anggaran 20 minit, hampir sama seperti varian Premium.

Varian ini turut menawarkan jarak gerak sehingga 450km berdasarkan kitaran WLTP, menjadikannya pilihan lebih lengkap untuk pengguna yang mahukan SUV elektrik dengan gabungan keselesaan, praktikaliti dan jarak perjalanan yang lebih meyakinkan.

Rebat RM7,000 Untuk e.MAS 7

Bagi memberi nilai tambahan kepada pelanggan, semua varian Proton e.MAS 7 kini ditawarkan dengan Rebat Pelancaran Khas bernilai RM7,000 untuk tempoh terhad.

Dengan rebat tersebut, harga Proton e.MAS 7 kini bermula daripada RM96,800 untuk varian Prime, manakala varian tertinggi Premium Plus ditawarkan pada harga RM118,800.

Harga tersebut adalah atas jalan tanpa insurans.

Baca Juga : Proton e.MAS 5 Tampil Dengan Warna Jade Green

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi