Proton e.MAS 5 Terima 10,000 Tempahan

Kejayaan Proton dalam dunia mobiliti elektrik terus menyerlah apabila dua model utamanya, Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 5, mencatat pencapaian luar biasa sejak pelancaran masing-masing.

Anak syarikat PROTON, PRO-NET, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 kini mencatatkan 7,413 unit terjual, dengan 6,954 unit di pasaran tempatan dan 459 unit dieksport sehingga 31 Oktober 2025.

Proton e.MAS, EV Nasional Terus Jadi Pilihan Rakyat

Model SUV elektrik nasional ini mengekalkan statusnya sebagai kenderaan elektrik paling laris di Malaysia selama 10 bulan berturut-turut, sekali gus membuktikan keyakinan pengguna terhadap kejuruteraan dan teknologi yang ditawarkan oleh PROTON.

Proton e.MAS, EV Nasional Terus Jadi Pilihan Rakyat

Tidak kurang hebatnya, Proton e.MAS 5 kenderaan elektrik mampu milik pertama buatan Malaysia mencatatkan lebih 10,000 tempahan hanya dalam tempoh singkat selepas pelancarannya.

Model hatchback segmen B ini menjadi pilihan rakyat kerana menawarkan gabungan gaya moden, teknologi canggih, dan harga berpatutan, selaras dengan komitmen PROTON untuk menjadikan mobiliti elektrik mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Ads

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menzahirkan penghargaan terhadap sokongan rakyat Malaysia:

“Setiap tempahan mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan kami menghasilkan EV berkualiti tinggi. Kami komited untuk memastikan mobiliti elektrik kekal boleh diakses, boleh dipercayai, dan relevan untuk semua,” katanya.

Lembah Klang Catat Permintaan Tertinggi

Analisis dalaman menunjukkan kawasan Lembah Klang mendahului jumlah tempahan e.MAS 5, diikuti oleh Selatan dan Utara, manakala Sabah, Sarawak dan Pantai Timur turut mencatat peningkatan ketara.

Ads

Kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan profesional muda yang menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan harian. Program Power Trade-In dengan rebat tambahan RM1,000 turut menarik minat pemilik kereta sedia ada untuk beralih kepada EV.

Menariknya, sebahagian besar pembeli menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan kedua keluarga, sementara pembeli muda pula menjadikannya kereta pertama.

Kenapa e.MAS 5 Jadi Pilihan?

Antara faktor utama yang mendorong populariti Proton e.MAS 5 termasuklah:

Ads
  • Harga mampu milik dengan pelbagai insentif menarik.

  • Reka bentuk kompak dan bergaya sesuai untuk kegunaan bandar.

  • Teknologi pintar yang memudahkan gaya hidup moden.

  • Prestasi seimbang dan pemanduan senyap, menjadikannya EV harian ideal.

Bagi yang berminat, Proton menawarkan rebat pelancaran RM3,000 sehingga 31 Disember 2025, serta pakej bernilai hingga RM8,000 yang merangkumi:

  • Pemasangan pengecas rumah 7kW percuma

  • Data internet tanpa had selama lima tahun

  • Pelbagai rebat dan manfaat pemilikan eksklusif

Semua tawaran ini menjadikan pemilikan EV Proton bukan sekadar mampu milik, malah lebih berbaloi dan menyeronokkan.

Baca Juga : PROTON e.MAS 5: EV Mampu Milik Pertama Malaysia

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI