
PRO-NET, anak syarikat PROTON yang menerajui jenama EV nasional Proton e.MAS, terus memperkukuh pengaruhnya di wilayah Utara menerusi penyertaan di acara Penang Autoshow 2026 anjuran MARii.
Acara yang berlangsung di Pulau Pinang itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, selain barisan pengurusan tertinggi industri automotif tempatan.
Sepanjang tiga hari pameran berlangsung, Proton e.MAS berjaya merekodkan lebih 760 interaksi jualan merangkumi sesi pandu uji, pertanyaan pelanggan, prospek dan tempahan kenderaan. Angka tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap penerimaan rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik, khususnya di kawasan Utara Semenanjung.
Antara momen paling mencuri perhatian sepanjang acara ialah penganjuran konvoi melibatkan pemilik Proton e.MAS yang disifatkan sebagai antara konvoi EV nasional terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Sebanyak 30 buah kenderaan terdiri daripada Proton e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV mengambil bahagian dalam konvoi tersebut yang bermula dari Juru sebelum merentasi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan berakhir di Penang Waterfront Convention Centre.
Lebih menarik, konvoi itu menghimpunkan lebih 80 pemilik bersama ahli keluarga masing-masing dengan jumlah keseluruhan kehadiran melebihi 200 orang.
Dalam pameran tersebut, Proton e.MAS 5 muncul antara model yang paling banyak menarik perhatian pengunjung. Pada masa sama, minat terhadap Proton e.MAS 7 serta varian baharu e.MAS 7 PHEV turut kekal kukuh.
PRO-NET turut memperkenalkan pilihan warna baharu Jade Green untuk e.MAS 5, manakala e.MAS 7 PHEV tampil dengan warna Emerald Green yang memberi identiti lebih segar kepada barisan EV tersebut.
Situasi ini memperlihatkan rakyat Malaysia kini semakin terbuka terhadap pelbagai pilihan mobiliti elektrik mengikut keperluan dan gaya hidup masing-masing.
Selain jualan dan pameran produk, acara ini turut menunjukkan bagaimana pemilikan EV kini berkembang menjadi sebuah gaya hidup dan komuniti yang aktif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, perubahan yang berlaku ketika ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia bukan lagi sekadar mahu melihat teknologi EV, tetapi sudah mula membuat keputusan untuk memilikinya.
Malah, perkembangan komuniti Proton e.MAS di Utara dilihat semakin kukuh, khususnya di Pulau Pinang apabila jenama itu kini memegang sekitar 64.2 peratus pegangan pasaran EV setakat tahun ini.
Pengunjung Penang Autoshow 2026 turut berpeluang melihat dengan lebih dekat platform Global Modular Architecture (GMA) Proton e.MAS buat pertama kali di wilayah Utara.
Platform modular tersebut dibangunkan dengan fokus terhadap aspek keselamatan dan fleksibiliti untuk pembangunan EV masa hadapan. Kehadiran rangkaian pengedar Proton e.MAS di lokasi acara turut membantu pengunjung memahami dengan lebih jelas teknologi serta ekosistem di sebalik kenderaan elektrik jenama itu.
Bagi mendekatkan lagi rakyat Malaysia dengan pengalaman pemilikan EV, Proton e.MAS Golden Roadshow akan diteruskan ke beberapa lokasi lain di seluruh negara.
Antara destinasi seterusnya ialah:
Jelajah ini dijangka menjadi platform penting untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mengenali teknologi EV Proton e.MAS dengan lebih dekat menerusi sesi pameran dan pandu uji.
Peugeot Motocycles kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi kerjasama dengan Aveta International, sekali gus…
GAC GS3 EMZOOM Diperbaharui, Reka Bentuk Lebih Segar, Harga Bermula RM116,800 WTC Automotif (M) Sdn.…
Yamaha Ego Gear Pro Skuter Harian Dengan Nilai Praktikal Yang Tinggi Dalam segmen skuter 125cc…
